eskrem kacang

Saturday, February 25, 2012

Gaya Diva Berpoket Kempis.

Lenguh kaki meronggeng seharian pun belum habis lagi ni. Sambil-sambil picit kaki, aku picit jugak keyboard nih. Dalam panas hati sebab Twitter agak uneducated sikit sekarang ni, aku nak hiburkan hati dengan belog huduh aku nih. Sape Twitterians dia tahu lah kenapa aku kata Twitter agak uneducated sikit sejak dua menjak ni.

Pagi-pagi keluar Indian Streets. Macam biasa,jelajah kedai. Itu aktiviti biasa di awal semester. Biasa sangat. Dalam kereta cakap, "Weyh, aku tak nak beli apa2 kat situ. Takde dalam list aku. Aku jenjalan je eh". TIPU. Aku tipu. Memang aku cakap tak serupa bikin kalau dalam hal menghabiskan duit ni. Jangan gelak. Aku tahu,korang pun sama. Eleh. Nak gelakkan orang konon. *tenyeh hidung gaya gengster*

Berkonvoi ala-ala pompuan banyak duit tak habis nak makan 6 sem berturut-turut, pergi Popular kat Tun Jugah Mall. Aksi macam baucer buku ada nambelas keping dalam purse. Aksi sahaja. Padahal sekeping je. Diulang, s.e.k.e.p.i.n.g! Menuju Popular. Ah. Kemain panjang line. Sentap! Pusing 3 round, last-last bayar cash! Tak jadi pakai baucer sebab iman tak kuat untuk tunggu line sepanjang landasan komuter dari Putra ke Kl Sentral tu. Siyes, aku rela bayar cash *sebab poket tebal lagi*

Umpama dapat tajaan JPA+MARA+PTPTN+BR1M+ELAUN, meronggeng ke The Spring Mall pulokks. Sikit lagi iman nak runtuh bila nampak tanda Cineplex kat 3rd floor. Terjenguk2 kat MPH. Cari mangsa baucer buku. Lapankali pusing,jumpalah mangsa.

Ini mangsanya! hik hok hik hok.

Sugar Buns antara lokasi pilihan untuk melantak nasi di fast food restaurant. Ya. Sebab di situ banyak pilihan nasi yang didatangkan bersama ayam-ayam goreng yang enak. 4 star, sebab aku suka Sugar Buns. Tak pasti di semenanjung ada ke idok benda alah ni. Rasanya di Borneo saja. Jadi aku agak berlagak di sini. Kau nan-hado Sugar Buns! hik hok hik hok. Blurpp. Kenyang. 

Muke letih. Poket kempis.

Stall cool blog adalah kewajipan tak kira mall mana aku jelajah. Kalau cafe kolej jual cool blog? Nah. Aku mesti ada kad ahli. Hahaha. Coffee latte mungkin bukan kawan perut aku. Ya. Betul. Mereka tak sebulu. Eh bukan, tak seusus. Buku dah beli, buku lali dah longgar, tinggal buku lima je tersimpan, balik lah ke jalan yang benar. Yakni kolej. Muahaha. 

Boot kereta penuh. Sampai kolej, angkut barang. Bagus, budak2 depan koperasi pandang separuh juling. Ya. Aku tahu. Banyakkan beg palstik? Walaupun hari ni hari sabtu. Ah. Terseliuh urat lengan aku. 

Bukan tak sayang bumi. Sayang. Tapi...

2/4 adalah barang aku. Ya. Sila percaya. Padahal malam tadi sebelum tidur aku dah berazam. 'Aku nak beli yang ada dalam list je. Betul ni'. Aku tipu. Ada 5 barang je dalam list! Amagadd. Puasa sebelum tibanya Ramadhan lah gamaknya ni.

#Hey. Jom tweet. @Nadia_Raffy 

Thursday, February 23, 2012

The Anjings

Hai korang. 

15 minit lepas aku macam mak kucing hilang anak kucing. Tengah syok-syok meleleh air liur tengok Running Man*baru belaja tengok*, dengar bunyi anjing. Ah haa. Kat sini anjing dah macam kucing. Ada di mana-mana, sampaikan aku dah tak takut dah dengan mereka-mereka ini. Sebegitu sinonimnya environment aku di sini bersama anjing. Okey! Kembali ke pangkal jalan. 

Jenguk punya jenguk, hade lah dua ekor anjing. Melekat wa-cakap-lu. Ha ah! Melekat tang tuttt. Dah macam cat and dog je ghupanya. Memula tu aku gunakan suara aku yang lemak merdu ni, jerkah sedaya mungkin di malam yang hening ni. Sampai budak bilik depan pun terkedu. Apatah lagi anjing dua ekor tu. Diam jek lepas kena jerkah. Tapi aku ni muke je kemain brutal,dalam hati.....lembut baldu wa-cakap-lu. Dalam 15 minit cenggitu lah dorang macam tu. Eh boleh ke guna dorang untuk anjing? Ah gasak! Aku memang tak senang duduk dah. Kasihan weyh. 

Aku: Weyh! Camne ni. Kesian dorang weyh. Aku takleh tengok ah,camne ah dorang boleh melekat gitu tuh. 
Rumets: Ko g lah tolong. (sambil tarik selimut)
Aku: Kalau kucing memang aku pergi tolong dah. Ni hanjing weyh. Hanjing,Haram tuh!
Rumets: Nanti okey lah tu, ilek ah yaa. Ko ni pencinta binatang betul lah.
Aku: Memang pun. (sambil jenguk lagi). Weyh! Dorang dah okey dah. Alhamdulillah! Dah. Pergi balik. *sambil melaung kat anjings*

Suasana aman lepas adegan tu berakhir. Aku memang over kalau melibatkan haiwan nih. Rasanya aku sorang je tadi yang panjang leher macam cik pah menengok sketsa hanjings. Eh bukan cik pah jual karipap. Cik pah kat zoo tu. Zirafah!

Dengan gumbira aku text my lil brother. "bla bla bla anjing bla bla bla. Kesian ='( Uhuk uhuk" Maka dengan sadisnya dia reply, "biasa lah, itu mengawan namanya. werk!"
==" Kakak pun tahu lah . Kakak belajar biology jugak lah dulu. Lulus!
#Tajuk macam #@*^%%$* kan? Gasak. Bukan aku mencarut. Bai!

Wednesday, February 22, 2012

Kelasss Kau.....Eh tak. Kelas aku la.

'Fuhh..Fuhh..Fuhh' *tiup habuk*. Hekhek. Lama tak update belog huduh ni. Korang perasan tak? Tak? Hurmm ye lah,aku lah tu yang perasan sensorang. Takpe-takpe. Aku okey buat muke redha. 

Semalam kelas pertama untuk semester empat aku. Alah,biasalah..kelas pertama..semangat habis. Aku ni haa,siap berbaju kurung bagai lagi. Dah la aku ni ayu abis kalau pakai baju kurung. Siyes ni weh! 3 kelas je semalam. Kelas pertama, kelas Project Planning&Management. Rasa macam boleh skor kelas tu. Sebab baru intoduction kan. Mesti la konpiden abes. Kehkeh. Lagipun lecture ohsem. xD
Kelas kedua,kelas mandarin. Pening,terkejut dan hampir asma untuk 10minit pertama. Sebab ni kelas bahasa asing pertama aku dan aku rasa ini adalah sangat payah. Tapi bila dah lama,macam seronok. Laoshi dia baik. Boleh agak dah kan laoshi tu hape? Cikgu okey, bukan sushi. Aku dah rasa macam masuk tadika. Ikut sepatah-sepatah yang laoshi sebut. Siyes. Terkenang balik masa tadika dulu. Dah la kena pakai buku petak besar. Kahkah. Sejibik macam buku adik aku yang standard 2 tu. xD

Kelas ketiga,kelas Computer App in Planning. Mule2 masuk dah kena terjah dengan lec. "kenapa tak msuk class smalam?" Dushhh. Sentap. Dalam 5 minit cenggitu kena ceramah ckit. Okey dah. Hehe. Dia baik cuma strict. Geram je nak jawab, "Tiket semalam je ada promo,sebab tu balik smalam wlupun smalam ada class". Muahaha. Senyap! Tak baik lawan cakap dengan sifu. Dah la dia mentor aku. Dan dah la aku sekali pun belum pergi jumpa dia tunjuk result. ==" Sah kena sound lagi nanti. Redha.. xD

Nah. Itu hari pertama. Hari ni tak ada kelas. Batal,maka hari ini kelas bersama bantal. Kehkeh.
Tadi banyak idea nak taip. Tapi...Haha. Alasan.
#Orang komen aku makin kurus. Hebakk! Bai. tajuk entry takleh blah kan? xD