eskrem kacang

Friday, August 3, 2012

Peluk Boypreng Ketat-ketat


Assalamualaikum w.b.t


Amboi, kemain kenn tajuk pompuan ni. Bulan puasa cenggini boleh pulak aku buat tajuk panas hot meletop ni. Ngeh ngeh. Mintak tolong adik-adik PMR jangan baca, adik-adik SPM boleh. EH. Sengaja bagi hot blog aku yang dah berapa bulan bersawang ni (sila rujuk tarikh post terakhir). Ayuh!

Ayah balik masjid tadi, dia ajak pergi pasar. Yes, aku kenn anak yang baik lagi menurut perintah, terus bersiap. Pakai motor saja tahu. Kau hengat time cenggini seronok ke naik kereta? Jammed tak beroti lah jawabnya. Motor kenn senang, boleh mencelah. Hiok. Korang naik motor dengan ayah, peluk tak ayah korang? Jangan tipu. Eh, tak pernah bonceng ayah? Eh, ayah tak naik motor? Eh eh. *pang!* Aku peluk ayah aku. Ngeh ngeh, sweet kan?

Aku terserempak dengan X(bukan nama sebenar mana ada orang nama X ken?) . Kemain seronok kau, peluk boypreng dia. Yo lah yo lah, boypreng pulak bawak motor ohsem kenn. Bukan aku jeles ke hape, oh hello..ini kenn bulan puasa, cover lah sikit. Alahai.  Bukan nak cerita pasal dia sangat pun, bazirkan bil internet aku jek.

Beberapa hari lepas, aku terserempak jugak dengan si X nih. Berjodoh sungguh dengan beliau ni. Bonceng abah dia. Yes, abah ya adik akak sekalian, bukan abang. Kemain duduk sebatu dari abah dia, pegang sikit-sikit jek, itu pun pegang baju. Silap haribulan beliau mungkin terpelanting. Ish jahat benau mulot ekau nadia. Nampak tak? Nampak tak?

Malu ke nak peluk abah sendiri? Ah tak kisah lah abah ke ayah ke papa ke daddy ke abi ke, sama jek. Yo lah, boypreng pakai baju Polo, baju Versace, baju beren-beren. Mungkin abah dia tak pakai baju beren-beren. Paham ke korang beren-beren tu apa? Aku kenn orang kampung, eja pun kampung lah. Ngeh ngeh. Ke sebab abah dah tua? Tak muda macam boypreng? Atau mungkin sebab abah tak enseng macam boypreng? Atau jugak sebab abah punya motor kapcai model lelama lagi? Mungkin. Tapi kan dia abah kita, yang bagi kita makan sampai besar. Sampai mampu nak peluk boypreng. Apa salahnya sekali sekala kita pulak peluk abah. (emo kenn aku)

Tak semestinya abah kena pakai baju Renoma sama seluar G.A Blue baru kita tak malu nak berjalan dia

ayah & ibu

Salam Ramadhan.
anakmu yang berada di bilik.
ngeh ngeh.