eskrem kacang

Sunday, October 23, 2011

part 2-tips putus cinta

aku punya tips ni boleh diguna pakai oleh kedua-dua pihak. Eh? iya lah. lelaki boleh aweks lagilah boleh. kalau korang tak berkenan takpe. Kalau berkenan lagi lah takpe.lagipun aku punya tips ni lebih kepada mereka yang DITINGGALKAN.  bukan yang MENINGGALKAN. ok? cekidaut!

1- Jangan text ex korang.


kan biasa kalau dah clash tu, ada yang gatal-gatal nak text ayat taching bagai. contohnya macam, "awak. terima kasih untuk kasih syg yang awak bg sebelum ni. kita tetap kawan kan?". Tak perlu! ataupun macam ni, "awak, walaupun apa dh berlaku,awak tetap di hati saya. semoga dia dapat bahagiakan awak". sekali lagi aku tegaskan. Tak perlu! kenapa? jangan tunjukkan sangat korang tu sedih. biasalah. siapa tak sedih kena tinggal oleh kekasih. sebaliknya, korang kena buat-buat cool. buktikan kau boleh hidup sempurna walau bukan dengan dia. [kalau nak nangis, boleh. tapi dalam bilik saja]

2- Jangan unnfriend atau block ex korang di FB


Penting ke? sangat penting. itu senjata tanpa peluru. Yang penting, jangan pulak korang post status bengkak hati ke mencarut-carut ke. Jangan! sebaiknya rehat berstatus untuk sebulan. Kenapa? kira macam tempoh berkabung sebab time tu emosi korang tak stabil, nanti status sengal-sengal je. Then, baru korang start update status happy-happy. perlu ke? iya perlu sangat. kau ingat ex kau tak stalk kau ke lepas clash. kalau bukan dia pun, mesti couple baru dia yang stalk kau.[in case ex kau ada orang lain lah]. jadi, tak kan kau nak tunjuk yang kau sedih kena tinggal pulak kan? jaga maruah sikit okey. contoh status yang aku suka nak suggestkan:
sejak dua menjak ni kredit kembung je lah!
eh. skrg tak ada org mtk share2 kredit lh. knp ek?huhu.
alamak! ramai pulak ckp sy makin berseri.yekew?

ini cuma contoh je.bayangkan kalau ex kau punya muka bila baca ni. nak-nak memang dia yang selalu mintak s.o.s dari kau selalu tu kan. hewhew~

3- Jangan text perampas

untuk kes yang ada orang ketiga. walau korang kenal perampas tu sekalipun, tolong jangan text atau call dia. Jangan! itu tak penting. walau pada niatnya kau just nak text ayat baik-baik atau ayat bajet kau cool, Jangan! nak-nak pula kau text ayat sumpah-caci maki. tak ke haru kalau dia reply,"patut lah kena tinggal! mulut cabul rupanya." hah! bertambah sakit kan hati. jadi lebih baik diam. jangan kau salahkan dia 100%, sebab kalau bertepuk sebelah tangan memang mustahil untuk berbunyi apatah lagi berirama. Kalau perampas text kau? Jangan balas, belum waktunya kau nak tunjukkan power. faham? 

boleh tak kalau tiga dulu malam ni? lagi nampulohlapan tips esok kepada esok-esok pulak. boleh? tips yang atas ni adalah untuk permulaan perpisahan. yang lain akan menyusul tu ialah tips pertengahan perpisahan. dah macam doktor cinta nurse kasih sayang dah aku ni. hewhew.

p/s:ingatkan aku kalau aku lupa. aku tak suka makan semut tapi semut yang selalu masuk dalam makanan aku. bagi yang tengah nangis-nangis sampai hingus berbaldi-baldi tu, sila ulang baca entry aku yang ada quotes best tu. kat SINI!!!!!  bai.


:Konsert Bunkface:Aku dan Kawan-Kawan:

Bunkface! aku ni bukan lah peminat tegar band ni. tapi lagu-lagu dia yang pemes tu aku tahu lah sikit-sikit. macam Situasi,Extravaganza tu ada lah aku hafal. lagu baru diaorang Panik. bukan nak promot,dah memang sah aku tak akan dapat sesen pun dari diorang ni kan. 

dari jam 8malam. sampai naik kematu bontot duduk kat dataran tu sampai lah pukul 10.30malam, barulah Bunkface datang. biasalah retiss kan. suka sangat bagi orang tertunggu-tunggu. nak menunggu si Bunkface ni adalah dalam nampulohlapan tarian, tujuhratuslimabelas battle of the band dan tigaplohsatu sketsa disajikan pihak universiti kepada penonton. biasalah,mula-mula tu semua naik hantu. lama-lama semua monyok,iya lah kan dah motif utama adalah nak tengok Bunkface. nasib lah.

masa band Bunkface buat show, aku dah rasa macam kat konsert blackmetal gitu. dengan peminat fanatik terkinja-kinja,melaung-laung nama Sam tu. wuwuwu. aku biasa je. dah nak ikut nyanyi tak reti!

nak dijadikan cerita, tengok-tengok jam dah pukul 11.45. aiyyak! bus last biasa pukul 11 je. dengan kebolehan menyelinap di celah-celah ketiak manusia tu semua, kami keluar. bermain dengan instinct masing-masing,kami berharap masih ada bas yang nak ambik kami balik ke kolej. tapi sempat lagi kot melantak sesambil berdoa pakcik bas rajin pulas stereng ke situ.

tiba-tiba!


bas!bas!bas!kat sana! minah ni menjerit-jerit. adalah dalam 500meter bas tu. pakcik tak ikut route biasa, pesta konvo punya pasal. aku apa lagi. dah lama tak jogging malam-malam buta terus buka langkak seribu. dah macam budak-budak penghidu gam kena serbu. dengan plastik makanan kat tangan, kami berlari kejar bas. aku kan jaguh! mestilah aku mendahului kawan-kawan. sempat lagi berlari mengundur sambil tanya kawan,
weh! kita nak kejar bas mana?
sebab aku nampak ada 4 buah bas kat depan. boleh bayangkan tak aku berlari berundur. dengan skinny jeans,selipar made in jepun, dan plastik makanan kat tangan! dasyat woh. nak-nak pulak masa tu jalan jem sebab konsert dah abis. malang je kalau ada jejaka-jejaka ohsem nampak aku time tu. part terbest ialah menyelinap bawah pohon-pohon bunga! argh. aku tak kisah dah masa tu. paling penting aku dapat bas.

kalau Bunkface tahu! mesti diaorang buat lagu khas dedikasi untuk kami. wuwuwu! tapi Sam comel malam ni. dengan rambut cap landak, dia nampak cute. kawan aku cakap. gigi dia comel. erk! itu yang kau nampak minah?

p/s: ada yang tanya, part 2-tips putus cinta bila nak publish. hehe. tggu okey. dah baca part 1? kat SINI ok. 

Saturday, October 22, 2011

part 1-tips putus cinta

tak tenteram betul lah nak buat asemen selagi aku tak post something
eleh!
macam korang kisah sangat kan. 
eh!
aku kisah okey.haha.*ketawa sopan tanpa suara.

*untuk mereka yang ditinggalkan kekasih* sila senyum!


*ini juga* sila sengih!



dan ini pula untuk mereka yang suka mengecewakan orang.
NAH!
*ini bukan cinta pesbuk* sila menyampah!

tggu part 2 pulak yer. yang terlibat dengan entry ini..lepas ni sila sediakan kertas dan pen. aku nak bagi tips kaw-kaw-timm-aah kat korang. gerenti lepas ni, yang sedih-sedih akan lupa macamana nak nangis dan yang kecewa akan lupa cara hentak-hentak kepala kat bantal. 'percaya padaku'.. ecececee!

p/s:aiyyaa! nak kena pulun buat asemen ni. esok sibuk dengan konsert pulak. opss! bukan aku nyanyi. bunkface yang datang melalak kat sini esok malam. bai!

Friday, October 21, 2011

*entry tanpa tajuk-sebab aku memang fail subjek ni*

seharian blogwalking,setiap belog yang aku terjah semua ohsem. lawa,blink,pinky-pinky, arghh memang lawa lah. aku terjah dengan hati yang jeles. tengok je lah aku pnya header tu. tak kreatif lansung kan? nyesal tak ambik kos grafik,kalau tak aku punya header mesti kelaaas kan? hewhew. takkan nak tukar kos pulak hanya sebab header. tak tak tak. korang buat-buat tak nampak je lah aku punya header setiap kali datang sini ye. 
                               

 *eh eh.org ni xde header kot. atas tu iklan jerawat je kan.
*humble orang ni kan,header pun bajet je. low-profile gitu..
*mesti owner ni berjiwa tegar kan, header tempek muka innocent dia je.
*owh! belog orang skema ni.

ini antara dialog-dialog contoh yang korang boleh tuturkan setiap kali masuk sini okey? kesian aku. wuwuwuw~ 

p/s:malam karang nak buat entry pasal 'tips putus cinta'. eh! ada discussion dengan mr.hearty lah puloks. motif?#jenayah tanpa senjata.

Tuesday, October 18, 2011

TERHARU

balik kelas tadi hampir tertonggeng ditolak oleh mereka-mereka yang rakus lagi bertubuh besar masa nak naik bas. rasa nak tolak je diaorang semua biar jatuh tergolek-golek. ahh! aku tension bila nak naik bus. tak tipu!

sesampai kat bilik..terus terkam laptop sambil menghabiskan sisa aiskrim trophy agar aku boleh berbelog dengan pau cendawan di kerongkong pula. melahap pau macam orang sesat kat amazon. eh tiba-tiba..mencampakkan sekejap pau kat tepi. ada orang buat entry khas untuk aku!! perst taim ni weh. erh ah erm uh. tak terkata-kata. hanya mampu telan pau slow-slow. ^^"

korang nak baca? nah pergi  SINI ! comell belog dia. tak macam belog aku. miskin hina, hewhew. terima kasih sangat-sangat taw awak. terharu sangat. *sambil telan saki-baki pau.

p/s: pau cendawan pun terasa macam pau ayam golek bila hati gumbira cenggini.