eskrem kacang

Saturday, November 26, 2011

Eskrem Pengarang Jantung Hati dan Limpa

Tadi aku emo! Sebab aku dah patbelas perenggan taip entry bila tetiba internet connection berpakat nak menjatuhkan aku dengan menghilangkan kuasa dia. Sentap aku bila terpaksa tekan pangkah merah kat atas tu. Siyes! Rasa nak telefon bomba, datang siram aku lapan tan air. Panas. Okey tak nak emo. Nanti cepat tua. Tak nak,aku nak awet muda. 

Semalam balik latihan kelas muzik, singgah beli eskrem buat bekal jalan balik kolej. Ah, bukan semalam je. Setiap hari! Tak kira malam ke hujan ke. Eskrem tetap dinikmati Aku terperasan yang kami the gang memang penggemar eskrem tegar bila ada boys panggil kami 'geng eskrem'. Cun jugak kan. 

aku,udang,ketam,sotong(pic cinonet)


Ni aku dah edit sikit sebab nak tambah gambar yang cinonet tu. Kalau tak, tak cukup geng lah. Kenapa nama seafood? Nanti aku cerita balik. Kami future retiss, jadi tak boleh guna nama sebenar. wuwuwu. 

Eskrem sebenarnya medium penghubung kami. Tak faham? Cuba kau ajak bff kau makan eskrem same-same, lain rasa dia tau walaupun kau punya eskrem tu perasa epal hijau tapi tetap rasa manis. Macam kami, makan eskrem then bergosip,berkejar bila saling mengata atas batang hidung. Sampai blok, semua semput. Its ok, sebab fun sangat. Lagipun aku rasa kami nampak comel sangat bila makan eskrem sambil berjalan. *walaupun nampak kurang sopan ==".

Sampai sini lah dulu. Malas nak letak gambar banyak, nanti berat loading kau berleter. Kan? Sesape ada contest berkaitan, berhubung kait, bersaudara dengan eskrem tolong bagitahu aku. Aku penggila eskrem yang sebenar.

p/s: Cornetto tak smestinya best. Eskrem seringgit sekalipun, kalau makan bersama yang tersayang. Sedap sampai gigit batang!









Wednesday, November 23, 2011

Lelaki comel bila

Sebelum apa-apa berlaku, meh aku nak ucapkan TAHNIAH buat skuad harimau malaya sebab MENANG malam tadi. Kesian Indonesia, tapi biasalah kan nasib~ Takkan nak bagi menang dua-dua pulokss. Semput aku malam tadi,walaupun tak tengok live. Tengok timeline kat Twitter pun aku dah sakit dada. Pergh!

Timbul pulak nama Nazmi Faiz eh malam tadi. Kata diorang comel budaknya. Hurm siyes! Aku tak kenal lagi. Kalau apek tu sah-sah aku kenal sangat, Oh okey, entry ni bukan untuk meraban pasal abang-abang rimau. Tak tak!

Sebenarnya ada orang tanya, kat twitter lagi lelaki comel menurut mata hitam putih aku. ==". Asyik-asyik orang DM aku jer, mungkin diorang takde blog tapi suka baca blog kot. Lelaki comel? Mungkin setiap orang berbeza pandangan, tapi takpe dah orang nak tahu menurut mata hitam putih aku kan. 

Lelaki comel bila aku terserempak dengan dia tengah pening-pening depan rak tuala wanita. Eh?? Comel lah kau kalau kau pergi beli pad untuk mak,adik atau awek kau. Siyes comel. Bukan semua lelaki sanggup menadah muka macho depan rak pad tau.  Mesti tahan malu jugak kan. Hah itu yang buat kau nampak comel!
Lelaki comel bila tolak baby stroller. Aku tak tahu kenapa, tapi aku rasa lelaki comel yang amat kalau tolak baby stroller. Nampak caring sangat-sangat kot. Nak-nak masa di mall, sambil biarkan isteri diaorang melebarkan biji mata kat butik-butik, lelaki pulak dengan comelnya tolak baby stroller. Aww~ Hubby nanti you tolak baby stroller tau kat Pavi nanti. *meraban dah aku.
Lelaki comel bila ada lesung pipit. Comel sangat. Sesekali tersenyum tu, menggegar jiwa sangat. Owh! yang takda tu jangan susah hati tau. Kau masih comel. Ini cuma kelebihan mereka yang ada lesung pipit. Ada lelaki tak suka ada lesung pipit, macam pempuan kata diaorang. Eh! Comel la kau.
Lelaki comel bila dia ada gigi rabbit. Faham tak gigi rabbit? Alah gigi kapak 2 batang tuh. Hah. Memang comel. Kalau senyum, walaupun dia tak kacak-ohsem-marbelos tapi dia akan nampak comel dengan gigi rabbit tuh. Member aku cakap, aku sendiri yang ada gigi rabbit sebab tu aku kata lelaki yang ada gigi rabbit tu comel. Erkk. ==" *ye ke weyh?
Lelaki comel bila dia ketawa slow-slow. Haizz! Aku tak suka lelaki yang gelak kuat-kuat, rasa nak kaki ke mulut mu je. Sumpah! Apa kes lah nak gelak kuat-kuat kan. Slow-slow lah, baru nampak comel. Ini tak, enam blok dengar suara kau gelak. Tak comel langsung!
Lelaki comel bila dia tanya kat pempuan, "awak okey tak ni?". Bunyi macam biasa je kan. Tapi kau tahu tak, bila lelaki tanya aku macam tu walaupun aku tak berapa okey, aku akan jawab okey je. Tambah-tambah kalau lelaki tanya macam tu kat kawan-kawan pempuan dia. Sweet. Kalau dengan awek tak payah cakap lah,lapanploh kali sehari tanya okey ke tak. Kan? 

Banyak lagi tanda lelaki comel bagi aku. Tapi tak boleh dedahkan semua, nanti semua nak jadi comel. Comel tu subjektif, kadang-kadang perlakuan biasa pun akan buat kau comel. Jadi sekarang, kau comel tak?

p/s: comel atau tak, kalau hati dah suka...comel jatuh ke nombor tiga. Nombor dua? Cute. kahkah! Kalau kau komen,kau comel. bai!

Tuesday, November 15, 2011

Aku perlukan idea!

Hey korang. Aku ada lagi ni. Lama menyepi, aku sibuk ulangkaji bla bla bla, aku sibuk exam bla bla bla, aku sibuk buat asemen bla bla bla. Tapi aku curi sikit masa untuk korang, sebab aku tahu korang rindu aku. Aku tahu,aku tahu. Takyah la malu-malu. Blweeks~*muntah ais kacang.

Aku akan berlakon teater. Ya sila terkejut. Teater omputih kau! Hah! Baru amerika sikit. Tapi aku ni lemah tenaga dalaman sikit kalau bab teater-teater bagai ni. Kalau bukan sebab minggu orientasi, atau orientation week atau minggu orientasi mahupun orientasi punya minggu...memang aku tak desperate lah nak tonjolkan muka yang sweet macam tokey gula ni atas pentas. Tolong lah weyh! Minggu story telling hari tu pun aku dah mabuk air liur dengan cerita lion and mouse aku tuh. Inikan pulak teater bagai! Tak masuk kostum-kostum lagi, mekap namplohlapan inci lagi. Tak lalu makan nasi,makan lauk je aku kali ni. =="

Bila difikir-fikir,ditenung-tenung..

Aku kena ambik peluang ni. Manalah tahu, nak guna masa intebiu jadi pelakon tambah aiskacang dalam mangkuk pelakon utama yang makan kat warung. Kan3x?
Aku nak jadi pokok je, tapi madam cakap...
"your mark also will be pokok!"
Aku cakap aku nak berlakon jadi orang mati,tapi madam cakap..
"your mark also dead!"
Kemudian aku tak cakap dah, takut dia balas..
"you die now!"

Korang rasa aku sesuai jadi apa? Cinderella? Stepmother? Cuba bagi idea sikit. Kalau boleh idea korang tu biarlah bersesuian dengan karekter aku yang gojes,comot tapi sweet ni. Please. Hehe.

p/s:Pendek je entry ni. Nak pergi meeting pulokss ni. Hah kan dah kata aku sibuk! bai~

Thursday, November 10, 2011

Lelaki ini dan Lelaki itu (entry untuk perempuan je kot!)

Tengah syok layan movie korea,tetiba datang idea nak meraban kat belog miskin aku ni malam ni. Hebakk! Takde yang special sangat pun. Aku taip ni berdasarkan aku punya pengalaman je, tapi rasa-rasanya ada yang sepengalaman nih kan? Maka tersebutlah kisah dimana berlaku.. *ah,aku memang fail dalam mukadimah. =="

Depan kawan lelaki & Depan lelaki kesukaan


Cara berpakain
Kalau masa nak study group hujung minggu atau malam, kau bedal je kan baju mana nak pakai. Kadang-kadang tuh, selipar jamban yang beli kat tesco pun takpe. Baju semalam yang masih-bau-okey pun kadang-kadang tuh rembat je. Tak kisah!
Baju keronyok sikit pun risau. Tak sanggup pakai baju yang dipakai 2 minggu lepas, kot-kot ketahuan. Selipar pun taknak yang selalu pakai pergi cafe, nak yang blink-blink jugak. Malam-malam pun tonyoh tudung butik. Baru cantik di mata kan? Haktuih.


Makan-makan
Biasa kau makan chup chap chup chap tak pandang kiri kanan dah, tetambah masa melantak mee kari ke asam pedas ke kan? Selamba je bergosip dengan risiko tersembur ke muka member tuh tinggi. Tangan pun terjangkau-jangkau tayang ketiak nak ambik makanan yang jauh. Kongsi jajan dengan member pun takpe,sharing is caring kan. Tak kisah pun kan asal perut kenyang. 
Huh! Depan dia~ Makan pun kunyah 40 kali, ikut sunnah! Nampak asam pedas peberet pun telan air liur slow-slow je, bajet sopan. Berhemah makan, tak selang air pun. Bunyi sudu garfu pun takde, kalau tak...memang macam perang. Pung pang pung pang!


Ketawa
Dengan member rapat, kalau dah benda yang menggelikan usus tuh memang ketawa hentak-hentak kaki ke lantai, biasa! Kadang-kadang tertonyoh-tonyoh muka member, kalau lucu yang amat. Tak cukup? Hah..ketuk-ketuk meja pakai kepala. Eh,melampau puloks. Kau perasan tak, bila ketawa air liur tu tersebar lebih jauh? Tak perasan eh? Iyalah dah kau berdekah-dekah macam mak lampir dah, mana nak perasan.
Tapi, depan lelaki kesukaan...ketawa tak berbunyi kau eh. Cover-cover mulut lagi, kot-kot nampak tahi gigi. Tak kembung perut ke tahan ketawa? Kembung! Kalau dah tak tahan sangat, sanggup ubah topik sedih. Motif? Tak sanggup ketawa macam mak lampir depan dia. Haishh.


Kita macam hipokrit kan? Eh tetiba puloks kita, kehkeh! Banyak lagi contoh-contoh, tapi malas nak membuka pekung di dada. Opps! Apa jadi kalau kita jadi diri kita sendiri je, kan selalu dalam filem kata, "terima awak seadanya awak". Hah? Oh itu dalam filem je eh? Luar filem? takdo! Tipu ah. Tak kan takde langsung?

Ada,tak banyak. *Ini adalah monolog dalaman. Sekian. =="

Biasa cerita korea, kalau heroin tidur berdengkur pun cute. Heroin melompat-lompat gumbira tepi jalan pun cumill. Heroin jatuh beskal pun geli hati,olollolo comelnya~ Tapi kalau dunia nyata ni ada je nak kena maki dek lelaki. Woi pempuan, sopan ah sikit! yarkk, dia pun seluar koyak tang tutttt. Kan3x?

p/s: nanti nak cuba gelak macam mak lampir depan lelaki kesukaan. Rasa-rasa ada tak dia kata cenggini, "awak tahu tak, awak ketawa macam ni, nampak lagi comell lah, siyes macam barbie!"<<<--aku sendiri pun rasa nak bagi makan penampar je dengan ayat ni. bai.

Sunday, November 6, 2011

ada ke org nak baca belog masa raya?

hari ini hari raya
bangun pagi celik mata.tenyeh-tenyeh.
selak langsir tengok luar
jenguk henpon kalau-kalau ada mesej
takdo!
malas nak sebak-sebak jiwang-jiwang di pagi raya
bukak lappy layan muvie
aiseyhh.kenapa lah hujan pulak.
sengaja nak menambahkan unsur kurang gembira di pagi raya lettew
berkruk kruk bunyi perut
melantak biskut choco dengan milo
kesian.

Aku godek-godek lappy, selak-selak folder gambar lama-lama. Ambik feel lettew. Tetiba jumpa gambar masa aku dugong dulu. Dugong? Iya. Nak tengok? Malu lah. *sambil gigit jari. Okey jap.



Amacam? Gem0ks kan gambar yang kiri tuh. Gambar kiri tu masa aku sem 2. Aku balik kampung *kampung la sangat, semua orang terkejut. Aku pun heran. Masa tu tension lah bila semua orang kata aku gemuk, sebab aku tak rasa pun. Kemudian cuti 4 bulan kat rumah, aku kembali ke kampus dengan appearance gambar kanan. Semua orang terkejut jugak, semua cakap aku dah kurus. Sekali lagi aku heran. Sebab aku tak terasa apa pun. Pelik kan aku. Tubuh sendiri pun tak tahu. Sehinggalah aku comparekan gambar-gambar aku dulu dan sekarang. Baru aku sedar. *wink wink! Nak tahu rahsia? Malasnya nak cakap. hehe! 0k-ok. Next entry kot. 

p/s: bestnya satay! sedih wok. bai!





Thursday, November 3, 2011

Asyik-asyik menang, masuk peraduannya tidak!

Benda ni berlaku dah beberapa hari, tapi kan aku dah cakap aku sibuk tak sempat nak hapdet. Aku sibuk belaja, sibuk mentelaah, sibuk semak nota kuliah, sibuk ulang kaji.. PANG!!! Penampar sebijik. Hah baru sedar, kehkeh.

Masa tu aku tengah sibuk nak membayar kat kaunter kat mall, biasalah beli barang dapur. Henpon aku berlagu riang tetiba. Dengan teraba-raba aku nak jawab, tambah-tambah bila tengok private number calling. Perghh, cuak dah. Kot-kot maxis, *orang tak bayar bill macam ni lah. Lepas aku hello hello kat situ baru dengar suara orang sebelah sana. Hah macam biasalah kan, sesi perkenalan dengan pemanggil entah dari mana-mana tu dalam duaploh saat gitu.

Tetiba.


Cik menang 5k. Ini adalah dari power root, no simcard cik antara 10 nombor bertuah minggu ini. Tahniah cik.
Eh? Owh. *takde perasaan langsung~
Cik jangan risau, kami tak kenakan apa-apa syarat pun. Cik cuma akan menerima wang bernilai 5k ni terus ke akaun cik. Cik?
Erm.
Ok. Saya terangkan sikit macamana power root membuat peraduan ini. Bla bla bla *dalam sembilanplohtujuh saat.
Erm.
Jadi sekarang cik hanya perlu bagi kami no akaun cik. Cik ada di mana sekarang?
Mall, eh tak kat Kuching.
Oh Kuching, jadi sekarang bagi no akaun cik, no pin dan no ic sekali ye cik.


Gila kot. Ape kes mintak no pin bagai. Dah nak bagi, bagi je lah kan. Walaupun aku tak ambik kos penyebaran maklumat, aku tetap tahu yang maklumat peribadi tak boleh sesuka hati nak bedal bagi orang.
Aku dah hangin, dah la ganggu sesi beli belah aku, power root pun aku pernah minum. Eleh!

Tak pe lah encik. bagi orang lain je lah. Saya tak nak. Bai!


Perghh! Poyo gila. Kalau depan-depan hado kau nak tolak 5k tuh? Takdo eh! Lepas tu 2 3 kali jugak dia call balik. Ah gasak lah. Tah heran aku, melainkan kau tabur duit tu depan mata, lepas tu suruh kutip. Hah aku lah yang pertama bawak plastik beg tesco terjah! Nak menipu pun agak-agak lah kan. Terus aku report kat ibu aku.

aku:
ibu, ada org col, ckp kkak dpt 5k dri p.root. yg lawak dia mntak no akaun ngn no pin. haha!

ibu:
ingt2 ckit, jgn nk bg2 org. jgn buat mata mr crab, kalau dh takde duit sgt mtk ngn ayah. 5k? kalau pndai, 10k pun ayah kau mampu. dan klau org bank col tnya psal loan ibu, jgn ckp lbih2, kot2 ada yg mnyamar. 

Haha. Cool kan ibu aku. Drama semata-mata tu suruh mintak dengan ayah. Haha. Siap bagi watak mr crab lagi, sempat lagi buat lawak antarabangsa.

p/s: esok start cuti raya. aku nak semakkan dashboard,shoutmix,komen box semua orang. Tunggu je.

Wednesday, November 2, 2011

Hari ini punya cerita.

Ini kisah hari ini. Iya, baru saja berlaku. Beberapa jam lepas aku masuk dewan peperiksaan,dengan hati yang cekal. Aku tawakal saja. Dah malam tadi baca buku macam orang mati laki, lepas subuh ada hati nak sambung tapi nota jadi selimut. Ya ya ya, aku malas. Aku tahu, tapi jangan lah cakap kuat-kuat. kehkeh.

*****di dalam dewan******


Buka saja kertas soalan. Aku mencium meja. Iya, secara spontan! Aku cium meja. Bila tengok kiri kanan, kawan-kawan lain pun lebih kurang. Okey. Aku tenang. Sekali lagi aku belek-belek kertas. Eh! Soklan tahun lepas. Bagus lah..Aku tak expect pun soklan sama akan keluar. Ahh nyesal tak study betul-betul soklan yang senior bagi. Tapi nasi dah hampir hangit. Lalu seperti biasa aku menjawab dengan tenang walaupun hujung pen aku pun malu nak keluarkan dakwat. Kenapa? Dah satu pun point tak ada dalam otak.. Rileks.

Habis meraban di soklan satu. Aku meraban di soklan dua. Argh! Berdasarkan pemikiran sendiri kot. Sekali lagi kemahiran meraban dipraktikkan. Agak lancar di situ. Iya lah kan dah meraban. Sambil-sambil mata jeling-jeling depan. Aiseyyh..Woi woi, meroyan ke hape aku nih. Ouchh kembali normal. Aku masih mencuba menulis dengan tulisan yang cantik. Ini untuk mengaburi mata pensyarah agar tidak terserlah sangat aku sedang hilang fokus. Masih rileks.

Masa ada 45 minit lagi kak nab oit. Soklan tiga baru . Eh! Eh! Apesal ramai pulak yang mintak kertas tambahan ni. Aku siap ada extra sehelai lagi. Aku dah mula gabra. Aiseyyh apa lah yang diaorang ni semua tulis, lirik lagu ke hape? Tension. Aku dah tak rileks sangat. Tapi aku tetap dengan kertas tiga helai tu jugak. Tak ada tambahan pun. kehkeh*ketawa tak rileks. Akhirnya aku pasrah. Nanti saya cover lain kali punya test lah ya, dan sila bagi markah kesian ya Dr.John. kehkeh.

Tapi aku tetap bangga dengan diri aku. Walaupun aku tak boleh jawab sangat tapi aku cool. Hahaha. Boleh kau bangga macam aku? Takdo eh. Esok aku harap aku tak meraban lagi. Jadi jom tidur. Eh tak jom mandi kemudian study....lah sangat.

p/s: Aku raya kat sini lagi tahun ni. Sila jangan bangkitkan isu raya di wall aku plis. Haha.

Tuesday, November 1, 2011

It's November

Sesape punya birthday hari ni, aku ucapkan happy birthday lah ye. Lawa kan tarikh ni. Ada membawa maksud apa-apa untuk diri aku? Ada. Cukup dah tempoh edah Haha. 3 bulan sudah berlalu, dan aku masih mampu bergelak sehingga hari ini. Syabas untuk aku. *Sambil tepuk bahu sendiri. Kehkeh. Jom tinggalkan segmen jiwang ini. Kembali kepada segmen hati kering!


Semenjak dua menjak ni, ramai betul orang sekeliling aku berada bawah tekanan. Argh! Skema. Stress lah. Aku pun stress jugak tapi aku jarang nak tunjuk pada orang. Paling-paling pun aku cuma akan menjerit.. "ahh! aku stress!!" Itu je, kemudian aku main game atau gelak kuat-kuat, tak pun tidur sepanjang hari dengan harapan tahap kestressan aku menurun. Perghh! Buat apa nak tunjuk kan kau stress. Orang lain pun stress, pandai-pandai lah kau handle. Kehkeh.


Jadi apa kaitan nya dengan tajuk entry Its November? Tak ada lansung! Stress tak? Tolong jangan. Kehkeh.

Ada yang tanya, bila nak sambung tips putus cinta. Hurm, nanti ye, sehari dua ni aku sibuk dengan exam. Lagipun kena simpan sikit gig dalam otak untuk nota kuliah. Kehkeh. Marilah sama-sam kita berharap November ni bukan bulan yang stress melampau.

p/s: kalau-kalau ada yang bertambah stress sebab baca belog meraban aku ni, sila bagitahu ye. =) bai!