eskrem kacang

Sunday, October 30, 2011

CINTA bertepuk tak BERBUNYI.

Alah,saja nak bagi otak kau bergerak. Cinta bertepuk sebelah tangan la tuh. Mesti la tak berbunyi kan,namanya lagi sebelah tangan. Eh! Tapikan, kalau sebelah tangan tepuk kedebukkk!! atas belakang kau tetap berbunyi kan? kehkeh. Kiddim! Apa aku nak cerita ni. Idea idea idea kamonn.

SET!

Kau pernah kena penyakit ni? Atau kau pernah berada di pihak tangan yang tidak menghulur untuk sambut tepukan? Aku dua-dua pun pernah. Hebat tak aku? Banyak pengalaman ni. *sambil senyum poyo.

Seronok kalau kau ada menyukai seseorang, tapi tak seronok kalau dia tak suka kau balik. Bukan maksudnya dia benci kau, tapi maksudnya dia tak suka kau sepertimana kau suka dia. Eh! Macam pening ayat aku kan. Gasak lah. Aku sebenarnya malas nak menaip, sebab aku lebih suka bercakap. Boleh terima alasan aku tu? Kehkeh.

Aku nak kongsi beberapa quotes untuk dikongsi dengan kau sebagai tanda perkongsian perasaan serta berkongsi rasa. Alamak! kehkeh.

*ini yang kau harap-harapkan kan?*




Sememangnya sesiapa pun nakkan bahagia, tapi kadang-kadang kau kena terima kenyataan jugak. Iya! Walaupun sepahit jus peria! Siyes weh.

*betul kan?*

Cakap pakai air liur memang senang. Yang merasa je yang tahu kan? Tapi jangan sampai memfoolkan diri sendiri. Sebab perasaan kita tu kadang-kadang pandai berubah jugak. Fahamkan?



*please. simpan air mata kau ok?*

Cinta pada manusia ni mostly melalaikan. Kau perasan tak? Mesti tak perasan sangat kan, bila dah mabuk cinta tu,  semua sapu. Hurm.. Aku pun macam tu jugak. Hanyut! Jangan sedih kalau cinta kau bertepuk sebelah tangan dude! Sebabnya? Nah!!


*aku baca ni berulang kali,sampai terasa sebak* khilaf nya aku. =(

Saat kau rasa tertekan yang amat, banyakkan bersabar. Kalau aku, bila aku tertekan aku lebih suka habiskan masa membaca quotes macam ni lah. Ia lebih baik dari kau nak maki-hamun-caci-maki orang sekeliling. Ingat! Setiap orang ada masalah tersendiri. Terserah pada kau macam mana nak handle. 

*walaupun aku kurang setuju*

Sebab Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah. Kenapa? Orang yang salah inilah yang akan banyak mengajar kita erti kecewa dan air mata. Eh! Macam tajuk lagu kan? kehkeh.

Khas untuk readers yang suka menghabiskan masa berharga membaca belog merapu aku ni. Ini quotes terakhir *untuk entry ni lah! 

*sila dan sila dan sila berhenti*

Sekian dulu untuk laporan kali ini. Kembali ke stesen utama untuk.. -->>dushhh! Oh! Sedar kembali. Aku memang suka merapu kan. Alah kau baca jugak. kehkeh.

p/s: Member aku suruh aku tukar nama belog, 'Belog Doktor Cinta'. Tak nak aku. Hah! Paling tak boleh dibelah ada cadangan nama ni. 'Belog Doktor Cinta Jual Cokelat'. Apa lah member-member aku ni kan.

Friday, October 28, 2011

Bezanya umur 14 aku & umur 14 kau.

Pepagi semalam, jam 6.30 pg dah jalan ke depo bas. weh! kalau semenanjung gelap gulita lagi kot. tapi di Borneo ni dah terang benderang. Naik bas jam 7. Kelas pukul 8 kau! Semangat tak aku pergi kelas? Tapi tu bukan  cerita utama. Mukadimah je tu. ini haa, tengah syok layan perasaan dalam bas..tetiba dengar berita ringkas kat radio.

"remaja 14 tahun menggugurkan kandungan sendirian di rumah"

Pergh! Tersentap aku weh. Nak-nak pulak bila aku dengar dia cakap yang itu dah kali ke-4 dalam masa 2 tahun. Gila lah. Dari umur 13 lagi weh. Tak terjangkau di fikiran aku. Maksudnya dalam kiraan purata, setahun dia gugurkan kandungan dua kali lah kan? Memang aku tak dapat nak fikir. Memang dan memang. Mak bapak dia tak perasan ke? Orang sekeliling tak perasan ke? Dah 4 kali tu weh. Bukan sekali. Apa nak jadi lah dengan dunia sekarang.

Aku yang sakit senggugut ni pun kadang-kadang nak terajang je orang bila sakit. Betul! Yang sepenyakit dengan aku tu, mesti korang tahu kan. Sakitnya senggugut ni. Inikan pulak gugur. ahhh! Seram aku.

Seingat aku, masa aku umur 14 tahun dulu aku tak kenal sangat seks ni. Lambatkan aku membesar? Yup! Umur 13-15, aku sangat nakal. Sangat dan sangat. Kenapa? Sebab aku jauh dari famili, aku membesar di sekolah berasrama. Aku nakal sebab aku memprotes. Mungkin jugak aku nakal sebab aku tak dapat terima yang aku dah masuk umur remaja. Memang aku tak suka! Sumpah! Aku belum bersedia. Sebab tu aku hairan dengan budak-budak sekarang, cepat sangat membesar.

Kalau diberi peluang, aku nak balik ke umur 14 sentiasa. Sebab? Aku rasa aku sangat bebas masa tu. Aku hanya perlu fikir main dan belajar. Cinta? Haram aku tak peduli! Untuk adik-adik, nikmati lah dulu masa remaja, nanti bila dah tua kau tahu lah macamana seronoknya zaman remaja. Seronok sangat ke?

Umur 14 aku:
pernah kau panjat asrama berbaju kurung?
pernah kau berlumba dalam hujan area rumah warden asrama?
pernah kau humban baju budak bilik sebelah ke tingkat bawah?
pernah kau letupkan mercun dalan balai pengawal?
pernah kau main terup dalam bulan puasa & kantoi?
pernah kau pakai telekung solat, pergi sakat akak-akak Ajk?
pernah kau berkejar dengan warden sebab kau lambat turun study?
pernah kau main tarik nafas dalam air buih kat sinki hostel?
pernah kau main hide and seek tengah-tengah malam sampai kawan kau ter'hide'?
pernah kau sepak mesin air karbonat sebab duit kau sangkut?
pernah kau??

yang pasti aku TAK pernah belajar untuk mendekati seks. Sebab aku memang tak suka budak lelaki dulu. [dulu ok].

Motif? Betapa berbeza sangat umur 14 aku dan umur 14 kau dik. Bukan nak salahkan sesiapa, tapi sayanglah. Umur semuda ni, adalah umur untuk mengenali dunia tapi dah salah-guna.

P/s: aku nakal, tapi aku bukan jahat macam syaitonnirrajim ok.

Monday, October 24, 2011

part 3-tips putus cinta

annyeong! haha tiba-tiba minah ni kan. malas nak tulis banyak-banyak, jom terus terjah ke tips seterusnya. ayuh readers[sambil pegang bendera Malaysia!]

4- Banyakkan berblogwalking


haha! pernah korang baca tips putus cinta dengan point ni? Takde kan. Mungkin aku ni ditakdirkan putus cinta di saat-saat aku baru mengenali dunia belog. Mungkin! Ini antara kegiatan aku saat-saat di ambang penderitaan jiwa,ececeh! kau berblogwalking lah kat mana-mana blog yang owner dia tu berhati kering, berjiwa besi macam aku. Eh? Cuba baca kisah-kisah orang yang putus cinta dan macamana mereka survive. mana lah tahu korang dapat kekuatan jiwa dan mental kat situ. Siapa blogger yang selalu aku terjah dulu masa jiwa bercelaru tuh? Elia si Jejari Runcing lah. Terkena pulak time tu dia baru baru putus tunang dengan keeper hot Malaysia, Apex. hari-hari aku terjah. aku kasi khatam kisah-kisah cinta dia dari awal sampai akhir. Sampai kes kecurangan Apex dibongkar. Pergh. entry dia cool je. tak ada bentak-bentak, tak ada maki-maki sesape. Cool je kan? so aku fikir, kisah dia didedahkan media, semua orang tahu kisah tu. mesti dia lagi sedihkan? So what the heck aku yang putus dengan orang biasa-biasa ni nak emo bagai. Nah! aku bangkit dari kekecewaan.

5- Beri peluang pada diri sendiri

Sebelum ni berapa lama kau kaple maple staple dengan ex kau tuh? 1 tahun,2 tahun,4 tahun? tak kira berapa lama pun, anggap saja tempoh tu suatu penganiayaan pada diri sendiri. Kenapa? Bukan aku nak kata semua yang dah berlalu tu sia-sia[mentang-mentang dah putus kan?] tak! tak!. Tapi cuba kau bayangkanlah, selama kau berkaple tu, hidup kau mesti berbahagi-bahagi kan. untuk kau, untuk dia, untuk orang sekeliling. Kadang-kadang nak bermanja dengan diri pun tak sempat.setiap masa nak bertext, berBBM, berskype, lapor sana, lapor sini. Nak makan nasik pun kena bagitahu kalau tak merajuk. bodo seyh!.ini memang satu penganiayaan pada diri weh, ini belum dikira bila si dia merajuk..mahu 3 hari 2 malam nak memujuk bagai. pernah tak korang perasan ada dialog macam ni kurang lebih..
eh! panjang bebenor rambut aku ni.tak bergunting
pergh.lama tak contact member lame kat ehem ehem.
lah. tak pasan kot ada jiran baru blok belakang tuh.
wow.abah polish baru kete dia.
ini antara petanda bahawa kau memang aniaya diri. mana lah sempat nak fikir ni semua kalau kau sibuk melayan kaple je kan? aku pun dulu terperasan banyak benda. aku semacam lupa aku ada ramai kawan-kawan sejati untuk ditext, aku ada ramai member susah-senang untuk berskype,ada ramai geng untuk diajak lepak. memang sedih. bila kuciwa, dengan diaorang jugak aku bercaci-maki-kutuk-mengutuk ex aku. tengok! 
kau kenal diri kau lebih lama dari 
kau kenal dia,
sepastinya dia tidak ternilai untuk kau terus
menganiaya diri kau sendiri.

faham-fahamkan. siapa lebih berharga? kau atau dia? jadi beri ruang untuk diri kau berfikir dulu.

6- Berhenti Berharap

Bagi readers pencinta novel melayu, tolonglah kembali ke dunia nyata. kisah-kisah dalam novel hanya nukilan penulis. tidak akan terjadi di alam realiti, hero kembali kepada heroin setelah meragui kesetiaan heroin, sang arjuna melutut merayu pada si gadis selepas meninggalkannya untuk wanita lain. tak! itu cuma karya novel. Cinta pertama kedua, ketiga bukan persoalan. betul! memang susah melupakan seseorang, nak-nak pula mereka yang pernah merajai hati kita. Tapi inilah lumrah hidup yang pahit untuk ditelan. Berhenti menunggu text dia, tolong! berhenti mengharap dia akan kembali, tolong! ini cuma akan menyakitkan hati kau. let it go. Harapan kadang-kala harus disimpan untuk sesuatu yang lain, yang lebih bermakna. Pasti ada hikmah disebalik semua ini. Aku? dua bulan pertama, akibat pengaruh novel melayu. aku berharap dia kembali. aku berharap dia hadir untuk menyambung kembali pertalian yang terputus dulu. bodo weh bila diingat balik. Nak-nak orang tengah berbahagia dengan yang lain, ada orang nak pandang? sila jangan jadi bodoh. kalau dia rasa kau tak cukup baik untuk dia, maknanya dia juga belum tentu cukup sempurna untuk kau.


macam biasa. 3 tips untuk satu malam. Insya-Allah aku hapdet lagi. maaf kalau ada tersalah bahasa. peace!

p/s:mood tak stabil. Td tengok mr.hearty dengan orang lain. ==". perlu makan jajan untuk kembali ceria! bai.




have been tagged

ada orang main tag-tag lah pulak. aku yang sibuk mengunyah nota kuliah ni, tak mahu ketinggalan bila di tagged adik manis eida. jom jawab soklan dia.


 RULES 
1.You must post these rules.
2.Each person must post 11 things about themselves in their journal.
3.Answer the questions the tagger set for you in their post. And create eleven new questions for the people you tagged to answer.
4.You have to choose 11 people to tag and link them on the post.
5.Go to their page and tell them you have tagged HIM/HE 
6.No tag back!                           
7.No stuff in the tagging section about                             


" YOU ARE TAGGED IF YOU ARE READING THIS"      YOU LEGITIMATELY (a.k.a REALLY, TRUST, WITH ALL HONESTY)     have tagged 11 people.


ini soklan dari eida:


 1. kenapa awak suka berblogging?
 2. awak ada secret admirer?
 3. cita-cita awak?
 4. kenangan manis yang paling awak suka?
 5. single or couple or married or engaged?
  6. perkara yang awak suka buat?
7. perkara awak x suka buat?
8. kalau awak dapat duit 1 juta..apa awak kan buat? (halal)
9. kereta kesukaan awak?
10. perkara awak nak buat tapi x mampu dilaksanakan?
11. dah follow saya? :P



dan jawapan nya:


1- saja nak cari kawan dari dunia blogger
2- ada kot. hukhuk =="
3-  kecik2 byk cita2,bila dh besar ni...ermmikut rezki jek. haha
4- banyak sgt manisnya, pyh nak list. kehkeh.
5-  Single but not available. =)
6- stalking kat fb
7- opkos lah field work
8- mula-mula bayar PTPTN. lain tu, enjoy lah.
9- swift kot!
10- g korea bleh?
11- mesti lah dah.


eh! abes dah?


okeh. korang yang di tagged adalah yang cute. jadi sila jawab.


1- berapa kali dah putus cinta?
2- pernah lompat pagar sekolah?
3- berapa ramai friend kt FB?
4- korang nak tak ikut aktiviti paranormal?
5- pernah jatuh motor tak?
6- rupa atau sikap?
7- nak blogging sampai tua ke? haha
8- kalau diberi pilihan, iphone ke blackberry?
9- pernah tak tipu couple korang?
10- suka makan mcflurry tak?
11- dah follow chocolady tak?
dan saya meng tagged mereka ini:


cik maszamysya
ourstorytobetold
kucing utara
miza lafvalisz
AWAN
zarra Zaqiyah
ayampenyek
temoyo
nurulhanif
Alyaa Atikah
nitnot abc


wuhuuuu! dah. i wll follow you back soon. 


p/s: susah jgk nk main tag-tag ni eh. fuh! 





Sunday, October 23, 2011

part 2-tips putus cinta

aku punya tips ni boleh diguna pakai oleh kedua-dua pihak. Eh? iya lah. lelaki boleh aweks lagilah boleh. kalau korang tak berkenan takpe. Kalau berkenan lagi lah takpe.lagipun aku punya tips ni lebih kepada mereka yang DITINGGALKAN.  bukan yang MENINGGALKAN. ok? cekidaut!

1- Jangan text ex korang.


kan biasa kalau dah clash tu, ada yang gatal-gatal nak text ayat taching bagai. contohnya macam, "awak. terima kasih untuk kasih syg yang awak bg sebelum ni. kita tetap kawan kan?". Tak perlu! ataupun macam ni, "awak, walaupun apa dh berlaku,awak tetap di hati saya. semoga dia dapat bahagiakan awak". sekali lagi aku tegaskan. Tak perlu! kenapa? jangan tunjukkan sangat korang tu sedih. biasalah. siapa tak sedih kena tinggal oleh kekasih. sebaliknya, korang kena buat-buat cool. buktikan kau boleh hidup sempurna walau bukan dengan dia. [kalau nak nangis, boleh. tapi dalam bilik saja]

2- Jangan unnfriend atau block ex korang di FB


Penting ke? sangat penting. itu senjata tanpa peluru. Yang penting, jangan pulak korang post status bengkak hati ke mencarut-carut ke. Jangan! sebaiknya rehat berstatus untuk sebulan. Kenapa? kira macam tempoh berkabung sebab time tu emosi korang tak stabil, nanti status sengal-sengal je. Then, baru korang start update status happy-happy. perlu ke? iya perlu sangat. kau ingat ex kau tak stalk kau ke lepas clash. kalau bukan dia pun, mesti couple baru dia yang stalk kau.[in case ex kau ada orang lain lah]. jadi, tak kan kau nak tunjuk yang kau sedih kena tinggal pulak kan? jaga maruah sikit okey. contoh status yang aku suka nak suggestkan:
sejak dua menjak ni kredit kembung je lah!
eh. skrg tak ada org mtk share2 kredit lh. knp ek?huhu.
alamak! ramai pulak ckp sy makin berseri.yekew?

ini cuma contoh je.bayangkan kalau ex kau punya muka bila baca ni. nak-nak memang dia yang selalu mintak s.o.s dari kau selalu tu kan. hewhew~

3- Jangan text perampas

untuk kes yang ada orang ketiga. walau korang kenal perampas tu sekalipun, tolong jangan text atau call dia. Jangan! itu tak penting. walau pada niatnya kau just nak text ayat baik-baik atau ayat bajet kau cool, Jangan! nak-nak pula kau text ayat sumpah-caci maki. tak ke haru kalau dia reply,"patut lah kena tinggal! mulut cabul rupanya." hah! bertambah sakit kan hati. jadi lebih baik diam. jangan kau salahkan dia 100%, sebab kalau bertepuk sebelah tangan memang mustahil untuk berbunyi apatah lagi berirama. Kalau perampas text kau? Jangan balas, belum waktunya kau nak tunjukkan power. faham? 

boleh tak kalau tiga dulu malam ni? lagi nampulohlapan tips esok kepada esok-esok pulak. boleh? tips yang atas ni adalah untuk permulaan perpisahan. yang lain akan menyusul tu ialah tips pertengahan perpisahan. dah macam doktor cinta nurse kasih sayang dah aku ni. hewhew.

p/s:ingatkan aku kalau aku lupa. aku tak suka makan semut tapi semut yang selalu masuk dalam makanan aku. bagi yang tengah nangis-nangis sampai hingus berbaldi-baldi tu, sila ulang baca entry aku yang ada quotes best tu. kat SINI!!!!!  bai.


:Konsert Bunkface:Aku dan Kawan-Kawan:

Bunkface! aku ni bukan lah peminat tegar band ni. tapi lagu-lagu dia yang pemes tu aku tahu lah sikit-sikit. macam Situasi,Extravaganza tu ada lah aku hafal. lagu baru diaorang Panik. bukan nak promot,dah memang sah aku tak akan dapat sesen pun dari diorang ni kan. 

dari jam 8malam. sampai naik kematu bontot duduk kat dataran tu sampai lah pukul 10.30malam, barulah Bunkface datang. biasalah retiss kan. suka sangat bagi orang tertunggu-tunggu. nak menunggu si Bunkface ni adalah dalam nampulohlapan tarian, tujuhratuslimabelas battle of the band dan tigaplohsatu sketsa disajikan pihak universiti kepada penonton. biasalah,mula-mula tu semua naik hantu. lama-lama semua monyok,iya lah kan dah motif utama adalah nak tengok Bunkface. nasib lah.

masa band Bunkface buat show, aku dah rasa macam kat konsert blackmetal gitu. dengan peminat fanatik terkinja-kinja,melaung-laung nama Sam tu. wuwuwu. aku biasa je. dah nak ikut nyanyi tak reti!

nak dijadikan cerita, tengok-tengok jam dah pukul 11.45. aiyyak! bus last biasa pukul 11 je. dengan kebolehan menyelinap di celah-celah ketiak manusia tu semua, kami keluar. bermain dengan instinct masing-masing,kami berharap masih ada bas yang nak ambik kami balik ke kolej. tapi sempat lagi kot melantak sesambil berdoa pakcik bas rajin pulas stereng ke situ.

tiba-tiba!


bas!bas!bas!kat sana! minah ni menjerit-jerit. adalah dalam 500meter bas tu. pakcik tak ikut route biasa, pesta konvo punya pasal. aku apa lagi. dah lama tak jogging malam-malam buta terus buka langkak seribu. dah macam budak-budak penghidu gam kena serbu. dengan plastik makanan kat tangan, kami berlari kejar bas. aku kan jaguh! mestilah aku mendahului kawan-kawan. sempat lagi berlari mengundur sambil tanya kawan,
weh! kita nak kejar bas mana?
sebab aku nampak ada 4 buah bas kat depan. boleh bayangkan tak aku berlari berundur. dengan skinny jeans,selipar made in jepun, dan plastik makanan kat tangan! dasyat woh. nak-nak pulak masa tu jalan jem sebab konsert dah abis. malang je kalau ada jejaka-jejaka ohsem nampak aku time tu. part terbest ialah menyelinap bawah pohon-pohon bunga! argh. aku tak kisah dah masa tu. paling penting aku dapat bas.

kalau Bunkface tahu! mesti diaorang buat lagu khas dedikasi untuk kami. wuwuwu! tapi Sam comel malam ni. dengan rambut cap landak, dia nampak cute. kawan aku cakap. gigi dia comel. erk! itu yang kau nampak minah?

p/s: ada yang tanya, part 2-tips putus cinta bila nak publish. hehe. tggu okey. dah baca part 1? kat SINI ok. 

Saturday, October 22, 2011

part 1-tips putus cinta

tak tenteram betul lah nak buat asemen selagi aku tak post something
eleh!
macam korang kisah sangat kan. 
eh!
aku kisah okey.haha.*ketawa sopan tanpa suara.

*untuk mereka yang ditinggalkan kekasih* sila senyum!


*ini juga* sila sengih!



dan ini pula untuk mereka yang suka mengecewakan orang.
NAH!
*ini bukan cinta pesbuk* sila menyampah!

tggu part 2 pulak yer. yang terlibat dengan entry ini..lepas ni sila sediakan kertas dan pen. aku nak bagi tips kaw-kaw-timm-aah kat korang. gerenti lepas ni, yang sedih-sedih akan lupa macamana nak nangis dan yang kecewa akan lupa cara hentak-hentak kepala kat bantal. 'percaya padaku'.. ecececee!

p/s:aiyyaa! nak kena pulun buat asemen ni. esok sibuk dengan konsert pulak. opss! bukan aku nyanyi. bunkface yang datang melalak kat sini esok malam. bai!

Friday, October 21, 2011

*entry tanpa tajuk-sebab aku memang fail subjek ni*

seharian blogwalking,setiap belog yang aku terjah semua ohsem. lawa,blink,pinky-pinky, arghh memang lawa lah. aku terjah dengan hati yang jeles. tengok je lah aku pnya header tu. tak kreatif lansung kan? nyesal tak ambik kos grafik,kalau tak aku punya header mesti kelaaas kan? hewhew. takkan nak tukar kos pulak hanya sebab header. tak tak tak. korang buat-buat tak nampak je lah aku punya header setiap kali datang sini ye. 
                               

 *eh eh.org ni xde header kot. atas tu iklan jerawat je kan.
*humble orang ni kan,header pun bajet je. low-profile gitu..
*mesti owner ni berjiwa tegar kan, header tempek muka innocent dia je.
*owh! belog orang skema ni.

ini antara dialog-dialog contoh yang korang boleh tuturkan setiap kali masuk sini okey? kesian aku. wuwuwuw~ 

p/s:malam karang nak buat entry pasal 'tips putus cinta'. eh! ada discussion dengan mr.hearty lah puloks. motif?#jenayah tanpa senjata.

Tuesday, October 18, 2011

TERHARU

balik kelas tadi hampir tertonggeng ditolak oleh mereka-mereka yang rakus lagi bertubuh besar masa nak naik bas. rasa nak tolak je diaorang semua biar jatuh tergolek-golek. ahh! aku tension bila nak naik bus. tak tipu!

sesampai kat bilik..terus terkam laptop sambil menghabiskan sisa aiskrim trophy agar aku boleh berbelog dengan pau cendawan di kerongkong pula. melahap pau macam orang sesat kat amazon. eh tiba-tiba..mencampakkan sekejap pau kat tepi. ada orang buat entry khas untuk aku!! perst taim ni weh. erh ah erm uh. tak terkata-kata. hanya mampu telan pau slow-slow. ^^"

korang nak baca? nah pergi  SINI ! comell belog dia. tak macam belog aku. miskin hina, hewhew. terima kasih sangat-sangat taw awak. terharu sangat. *sambil telan saki-baki pau.

p/s: pau cendawan pun terasa macam pau ayam golek bila hati gumbira cenggini.

Monday, October 17, 2011

super junior:aku belaja banyak perkara.

aku menumpang populariti super junior. untuk k-pop lubers,entry ini tiada kaitan dengan anda. tak tipu lansung! ini cuma berkaitan dengan junior kami. siapa kami? senior lah. kehkeh. semalam,ahad yang gojes. berjeans, berkasut,berbeg-jajan dan bersemangat otai..kami bertolak ke hutan. hutan simpan di daerah matang. untuk? untuk aktiviti mengajar junior cara survive di hutan eh eh tak survive di ipt selain menjalin hubungan sesama kami. senior-junior~! 

aku memang suka bajet otai tahap icu bila berdepan junior, dah memang aku otai pun kan. aku suka bila:

ketua suruh junior beratur, aku dengan otai berjalan tangan ke belakang keliling mereka sambil bajet super senior.
ketua suruh berkumpul ikut group, aku meronda junior sambil bertanya nama budak-budak yang nampak cute.
ketua suruh siapkan logo group dalam masa 50 min, aku dengan riak keliling kawasan sambil snap gambar banyak-banyak. bajet tak akan pergi sana lagi selepas ni.
ketua suruh diam dan tumpu pada presentation, aku dengan selamba melantak jajan depan junior sambil teguk air dengan bajet junior telan air liur gulp! gulp!
aku paling suka bila ketua larang junior dari pergi jauh dari kawasan yang ditetapkan untuk mandi-manda, aku dan member senior berjalan jauh ke dalam hutan mencari kawasan mandi yang syiok berfree hair.

memang aku sangat suka jadi senior. cuma aku perasan satu benda. junior tak suka senior bajet otai. kehkehkeh. peduli ape aku. dulu aku pun junior. senior layan cenggitu jugak. kan? revenge? tak lah. ini adat junior senior. dan aku juga belaja bahawa bukan semua junior mampu jadi sebaik aku sewaktu aku berstatus junior dulu. ^^"

korang nak tgok gambar? kejap eh. tak banyak,nanti korang menyumpah-seranah pulak kalau loading memanjang kan. 

*kami the senior*




*bajet otai abes*

*orang penting program*

*senior wit super senior!*


itu je lah dulu. nak check fb. kalau-kalau ada lagi gambar aku yang dimuatnaik[erkk.skema] oleh mereka-mereka. biasalah. aku ni muka memenuhkan memory kamera orang. hewhewhew~

p/s: ingat pesan aku. junior tak suka senior bajet otai habes. bai.




Saturday, October 15, 2011

sekitar shooting. [oleh potogeraper kelas kedua]

aku janji nak hapdet gambar mase shooting semalam kan? bukan shooting filem ==". shooting gambar kelas,eh macam sekolah menengah pulak. kehkehkeh. tak banyak,takut lambat loading. nanti korang jugak berleter panjang sampai terjuih-juih mulut kan? nah tengok lah. ini hasil dari kemere-bukan-dslr member aku

ini permulaannya.sesambil abg potogeraper godek kemere dia
kami bershooting sendiri.


rima,seha,selena gomez!
*aku pun tak thu kenapa mata cenggitu.


-
-
-
-
-
-
-

wuuuhu! orang kata tak baik ambik gambar bertiga. betul ke?
tak peduli sangat.
masa ni kami berdiri di tengah-tengah 'waterfall'
tapi masa ni air dari tingkat atas belum sampai sini. wuhuu..peluang jangan dilepas. betul tak?


berfikir mengenai hutang ptptn! muahaha. abaikan muka takde perasaan aku tu.

sebelum balik. singgah library,pinjam buku. HARUS! buku-buku itu tanda aku memang tekun belajar. tidak menipu! hewhewhew. payung sampai dua sekali, owh satu untuk berhujan satu untuk berpanas. kelass gitu~

nah! ada satu gambar ekslusif buat korang. 
-
-
-
-
the boys 

some boys missing actually!




Friday, October 14, 2011

(kena baca!)

idea mencurah-curah. idea mencurah-curah. idea mencurah-curah. idea mencurah-curah. dah! pernah tak korang suka kan seseorang tu tanpa dia tahu korang suka dia? mesti pernah kan? jangan tipu nanti jadi kawan syaitonnirrajim. kehkeh.

bila kita sukakan dia,apapun semua nampak baik, semua nampak cool, semua nampak cute, semua NAMPAK! kan? biasa la. jom kita tengok apa yang biasa korang biasa buat dan rasa.

bila dia update status kat pesbuk,korang sedaya upaya nak like dan komen walaupun sekadar komen 'he he he'
bila nampak chat dia hijau, korang terus rasa happy. tak chat pon takpe,asal dia on9 je. sengal.
kalau nampak dia borak dengan perempuan/lelaki lain, mesti korang rasa nak hempuk je orang tu. kan? padahal korang bukan siapa-siapa. wuwuwu. 
bila nampak dia pakai baju yang warna hampir sedondon dengan korang, mesti korang rasa yang korang dengan dia berjodoh. 
tak dapat tengok tuan, tengok motor atau kereta dia pun jadilah kan.
kalau masuk kelas yang perlu buka kasut..korang mesti cuba letak kasut tepi kasut dia. kasi kasut dekat-dekat pun kira ok lah. hukhukhuk!
bila member ada termengata pasal dia, korang cuba back-up tapi masih dalam mood cover line. kot-kot ketahuan. kan2x?
korang akan perasan setiap accessories baru yang dia pakai. contoh, jam baru ke beg baru ke. betul tak?
korang akan cuba join aktiviti yang ada dia, sekadar tunjuk muka. padahal tak berminat pun. huh sadis.
korang selalu curi pandang dia,dan terperasan bila dia pandang balik walaupun korang sekadar bersyok sendiri. 
selalu bila upload gambar di pesbuk,korang akan upload yang bajet comel dan macho je. dengan harapan dia terpesona. kahkah. 
lepastu, time update status selalu update yang cumil-cumil dan berilmiah serta humour dengan harapan juga nanti si dia baca dan terpegun. paling tak boleh dibelah ialah korang update dengan klu-klu bahawa anda adalah single yang hot. contohnya. "eww! kan owg kate x shuke, x shuke lew. sume owg cbok jew na tawu no fon owg" takpun gini "ape aww, kitew tade pape ah ngn owg tu. kwn jeww, kitew single ag aww!" kahkah. *boooo korang.

banyak lagi sebenarnya tapi kalau nak list, sampai malam tujuh likur pun belum tentu siap. walauapepun, sila jangan tunjuk sangat kita desperate tau. kita? erkkk tersedak cekedis cap ayam hijau.! 
mana aku tahu semua ini? aku pun mengalami!! *boooo aku. lempang karang!!

p/s:nak bt entry pasal shooting tadi. tapi malas la pulokss. malam karang la. (kalau rajin~) bai!




Thursday, October 13, 2011

in a good mood =)

before lunch. went to see my professor to discuss about proposal. really great of him,still explaining the best explaination while munching crackers as lunch for his student. thank you sir. so far so good, my proposal in good content! yipppey!. then he said this to me, when he saw my blank face during his explaination. 
"owh dear, please keep smiling. when you smile you looks more handsome!"
handsome? pardon sir? haha. i'm a girl.
"hey guys! you know what the meaning of handsome girl? that means she is more beautiful than beautiful girl." he said to some of my boy friends at the back of his office.
with blushed face of mine.
i said "thank you sir".
hehe. really love to see him. he know how to treat his student nicely during rough time~ =)

p/s:need to go. i have english class until night. fighting for it. 

belajar membelasah

ye kawan-kawan,bersama saya hos anda untuk rancangan belog cokelat kopi pahit. mari kita lihat sedutan aktiviti semalam saya bersama kawan-kawan saya.

kami mengikuti aktiviti kokurikulum. iye. kami diajar untuk membelasah. tak tak tak. bukan kelab taek wan do mahupun karate do tidak juga makan sate sambil tido. tidak yer.

kami diajar untuk membelasah secara berirama serta bersenada(ek?). dan kemudian berlatih secara bersama-sama dalam aktiviti membelasah. belasah alatan gamelan? hewhew! #bengang tak? geleng-geleng oke. betullah. bila instruktor bagi penerangan pasal bermain gamelan ni, terus kami terasa seperti diajar untuk membelasah.

bonang ni awak kena ketuk, sama juga dengan saron..kena ketuk tapi ketukan berganda, gendang tu awak kena tampar pakai tangan mengikut not lagu, dan yang besar gedabak tu awak kena pukul dia. itu nama dia gong. buruk je kan nama gong. kehkeh.

tengok! ketuk,tampar,pukul. bukan membelasah ke namanya cenggitu? haha.

p/s:dulu dah gamelan time high school,tp lupa. sebab dua kali setahun pergi latihan. @#!^*%

Wednesday, October 12, 2011


mesti ada yang tertanya-tanya kan
se-ohsem mana aku punye lecturer yang aku banggakan tak bertempat tu
oh ho. 
jangan jeles kalau lec korang tak semuda ini.
biasanya yang umur-lebih-sikit tu banyak pengalaman ahaks
yang muda cenggini ni boleh buat
ubat mata terbuka otak tak jalan dalam kelas je
kenapa?
sebab aku asyik pandang dia,bukan slide dia. hewhew!
jom terjah pic dia.
aku cilok dari fb je.kalaulah dia baca.kalaulah dia tahu.
aku lari balik semenanjung mintak parent kawenkan aku dengan pilihan dorang.
??#abaikan.
gojes? hahak.

ohsem taK?






*************************************************
apesal lambat cam seput sedut senget nak upload neh. ergh!
:
:
:
loading
:
:
:
:
:
:
:





oink.oink.oink.oink.oink.oink.oink.oink.oink.sila lap air liur anda.




bila korang pandang pc dia ni ada tak korang rasa nak tukar unibercity? ada tak? ada tak? haha. mesti ada yang kata. alah kat u aku lec lagi ohsem-kebambom. cit! tak heran.

ape motif aku memaparkan pic yang dicilok dari fb orang yang bakal memberi aku sejumlah markah yang akan buat aku tersenyum lebar di akhir sem nanti?

saje! ini antara orang yang buat aku berfikir limapuloh kali sebelum ponteng kelas dengan pergi tido di chill out room kat library itu. iya. walaupun aku sekadar melongo tanpa berasa bersalah di dalam kelas dia. owh! 

aiyakkk. tiba-tiba berasa kejam kerana mencilok tanpa rasa berdosa tyme kecilokan berlaku. aiyak lagi! ayuh. harap-harap aku jumpa dia dalam mimpi lepas ni. nanti bole mintak maap. eh! ape daa. sengal. dushh!


bye!





Monday, October 10, 2011

ce teka ce teka.

ada member aku tegur. "wey!apesal kau x hapdet belog tak cantek kau tu weekend neh wey?" amboi dek senah, mulot bau belacan kau ye. tau jugak kau baca belog aku yang tak cantik ni ye. oke-oke, maksudnya lepas ni tak ada chance aku nak keji-caci-maki-sumpah kau. ok tak baik.

             ***************************************************

sambung balik. tadi main angry bird kejap... oh. ape aku nak cakap tadi eh. ape? pasal senah? buat ape cerita pasal senah,virus karang belog tak cantik aku nih.
ke mana aku weekend lpas. entah. ada je, blogwalking, main tido bangun dengan rumet-rumet, makan tido sambil main angry bird. hah. itu je. kemudian, aku kembali berketuk-ketuk dengan lappy terchenta nih.

tadi lepas kelas basic concept bersama en.nick..hujan lah puloks. adeyh. time nak balik tu lah dia nak hujan. ape lagi..melongo depan kelas sambil membayangkan diri di syurga yang belum tentu nak terima aku nanti. kahkah. gelak laju-laju korang.tetiba en.nick datang dekat aku. *shy-shy meow aku. untuk rujukan, en.nick tu lecturer termuda kiteorang,tak kawin lagi tau. huahua! #gedik. cenggini lah antara perbualan kiteorang sambil diselangi hujan yang seakan menyanyikan melodi cinta. cis. meraban tetap nombor satu dalam hidup aku ni. jom cekidaut.

nick: hujan makin lebat ni, tak boleh balik. nak redah nanti demam kan?
[alah, berbasa-basi la tu.aku pun nampak lah hujan kat luar tu.hensem punya pasal.aku serta merta angguk bersungguh-sungguh] 
aku: a ah. nanti demam. manja sangat eh. [sambil senyum biol.apesal aku nih?]
nick: tak lah. hihi. bla3x..[aku tak tulis sebab tak penting sangat. kehkeh]. ermm tinggal mana? eh asal mana?
aku: hah. ce teka ce teka. [gini lah aku setiap kali orang tanya asal aku. memang ge,ar aku bermain teka teki cenggini]
nick: kedah.? [muka aku macam orang kedah ke weh?]
aku: tak.
nick: johor? [jauh sangat tu sayang. opps!]
aku: tak.
nick: melaka?
aku: tak. [sambil geleng-geleng manja nak pelempang kat pipi]
nick: sarawak?
aku: owh! opkos tak.
nick: selangor?
aku: tak jugak.
nick: k.l?
aku: tak. [sambil mulut dah nak gitau dia jawapannya.kesian dia kan. olollolo comel. hekhek]
nick: kelantan?
aku: yup. [dengan pantas mengangguk sambil rasa nak cubit-cubit pipi dia. hekhek]

berbual lagi.sambil tunggu hujan reda.romantik. cis. angan je lah yang termampu.
              *********************************
ape motif aku sebenarnya? oinkk! motifnya, setakat ni belum pernah orang dapat detect aku dari negeri mana walau ke mana aku pergi dan ape jua aku cakap. memang lidah aku power. aku boleh berbahasa banyak dialek wa-cakap-lu! itu motifnya. nampak tak? kadang-kadang seseorang punya 'slank' akan dapat didetect setelah lame dia bercakap[agak skema di situ]. tapi tak bagi aku.

pernah dulu masa kat plkn. member aku tanya, weh esok dah nak balik[setelah 3 bulan kat situ], aku naik bas ngan kau lah balik kolumpo. eh what the..? sama ada dia tak peka atau aku yang kejam sebab tak menjelaskan secara hitam putih bahawa aku dari kelantan bukan kolumpo~

p/s:aku deactivate fb. alasan aku ialah 'biasala retiss,nak privacy'. rase nak lempang aku tak? huahuahua. sekian.sambung main burung marah bersama babi tonyok!

Saturday, October 8, 2011

duit aku duit kau duit bersama.

ape cite aku? cerita aku macamana? aku dan cerita ku? wuwuwuw~ sengal.

tadi siang sampai ke malam ialah sesi pelaburan tanpa pulangan berfaedah bersama rumet-rumet. kiteorang keluar jenjalan kat kuching. setiap kedai kat indian street kiteorang terjah. woohoo macam melodi. terjah bukan sembarangan. terjah bermodal kau. kenapa? masuk tangan kosong,kasik duit,keluar tangan berbuah. cis. sape lah mencipta deretan kedai seluas alam bersama barang-barang yang comel lagi syiok untuk dimiliki tuh!

aku beli sikit je. betul. sikit je..tak banyak. aku tahan nafsu. betul ni. owh kamon la. hikhik. dan bila aku merasa kakiku melecet akibat memakai kasut baru tanpa digigit terlebih dahulu,baru aku perasan sesuatu. arghh! dah satu hari berjalan meronggeng menghabiskan wang titik peluh kerajaan. pergh.

melantak pulak kat Singapore Chicken Rice Express. roasted black pepper chicken with rice. not bad. tapi itu adalah cuma kerana kami kebulur tahap ke-3. wuwuwu~ aku heran kenapa aku order air yang aku takpernah order sebelum ni. kenapa? aku pun blur. biarlah. mungkin kerana budak waiter yang ambil order pakai ipad. atau mungkin kerana uncle meja depan asyik ketawa sesungguh hati. atau mungkin kerana penghawa dingin terlalu kuat di situ. arghh, tak berkaitan.

balik-balik bilik je..eh! apesal banyak sgt plastik bag ni weh. apesal?apesal? tension. eh!apesal purse aku kempis weh. apesal? apesal? tension kuasa dua. tetiba teringat sesuatu. alah! aku tak terbeli skinny jeans baru. tension kuasa kepada dua+satu. #menyesal.

dah! pergi tido.nak mimpi dapat pegang duit banyak. sebab di realiti tak mungkin kalau setiap weekend kau meronggeng kat bandar. ===>dush3x! lebam bijik mata.

p/s:weekend depan keluar camping pulak. adeyy. muflis lagi. ponteng boleh? what the..

Friday, October 7, 2011

letak jantung dalam kotak ais.

aku tak hapdate kan. aku tak hapdet kan? aku janji nak hapdet sampai bengkak jari kan? kihkih. ni ha..aku ada masalah jantung, tak tak tak! bukan yang perlu operate tuh. tapi jantung aku tak sihat sangat. betul. tak tipu. ok tipu sikit.

korang pernah jatuh cinta tak? sila angguk. owh ada yang geleng. takpe takpe. aku? pernah! aku pernah jatuh cinta dan pernah jatuh kerana cinta. omg! what the hekk pepagi jumaat ni cakap pasal cintan. sila geli.

jantung aku selalu berdenyut tak tentu hala sekarang weh. kadang-kadang okey. kadang tak. letih lah cenggini. alah kan..ari tu mase putus cinta kan..aku punyalah nak pecah kepala woo sedih ya amat. nasi sesudu je jamah, membazir tahap tapir time tu. dah tu siap swear2 dalam jiwa dan raga. xmo couple-couple dah. alih-alih ni.. waaaa. kalau perasaan ni macam memory card kan senang. format je!

korang....aku kan.... wahh jantung berdenyut dalam kiraan 80km/j skrg. mr heart messages  kt fb doe. tangan gatal je nak tulis i luv you. melampau! hekhek. macamana ni macamana ni..

#sengal. nak manja-manja jap. eh. mr heart tak main belog kan?

Tuesday, October 4, 2011

nak kentut pun tak sempat. eh! apehal entry macam %@*&%%#$^?

keberadaan aku kat depan lappy ni pun bukan kerana aku sesuka-suki je nak hapdet oke. aku terseksa yang teramat kronik. hadoi. b.m aku fail weh. nasib cikgu b.m tak main belog bagai.

boleh tak aku nak tambah masa? patpulohtujohlimabelas jam sehari. boleh? boleh? tak boleh! blah la. sob3x. tak cukup masa ni. jurnal untuk lec macho kena buat, draft tuk kelas madam vogue pun kena godek. waa! ketakhadaman perut lah. tak berkaitan.

esok? lain cerita. esok mesti tak sempat punya, aku berani swear2 bahulu tiga ringgit 4 ketol lah. esok sibuk gamelan lagi. kau men gamelan weh? ye. kau betul pegi kokum gamelan weh? ye. gamelan jugak yang kau pilih weh? ye. ape celup main gamelan, main lah scuba ke tenis ke squash ke. ye. eh3x. tak! weh what the hekk. biar la. muka rock pun,dalam hati ada taman la. ah..sudah. noktah!

dah tu, khamis ni aku nak hantar apa. kertas kosong? kalau ada apper dengan lec takpe dowh. oppss.! hah dah tu? SILA BUAT. bajet student dean la ni. membongkang atas katil berbantalkan lappy dan berselimutkan paper. tak hingin. tapi perlu!

chaiyok2. adeh. dengan menahan rasa ingin kentut..aku perlu berjuang. hingga saat-saat rumet menarik plug lalu menyuruh aku tido kerana bising bunyi ketukan keyboard tanda kebizian melampau. dushh! gelap gulita.

Monday, October 3, 2011

sardine mampat.

kalau dah sardin tu memang mampat la kan? sardin kalau kena gaya masaknya berminyak jugak muncung aku menambah nasi nyorok-nyorok.bajet diet kan. sardin ada byk jenama, sardin marina,sardin yeos, bla bla bla. weh! jadi tukang promo sardin ke?

aku kat sini kalau hal sardin, takyah citer weh. mcm isi ngan kuku. ibarat lemak di peha. umpama air dengan basi. hah. begitu lah rapatnya kami. tak paham? meh nak citer.

kalau pepagi, naik bus sah-sah sardin mampat dilenyek lori pasir. yang gempal boleh kurus kejap dalam kiraan duapulohtigaratus helaan nafas. tengahari sama jugak weh. tapi banyak beza pagi dengan tengahari. silap himpit tengahari, boleh buat kau semput tak berasthma weh. bayangkan peluh-peluh jantan betina yang keluar masa gagah mendaki tangga-tangga fakulti, melekat di baju pasar pagi kau. hah! boleh kau bayangkan tak? itu baru baju kau, tak kira lagi baju senah, mikey, ayub, dan kawan-kawan. sumpah aku surrender!

petang? kalau dah seharian kelas, imagine je lah aroma therapy menusuk lubang hidung kau tu. tapi petang-petang aku tengok smua orang cool bebeh je. kenapa? semua orang letih weh! time petang2 aku paling risau. kaki dah goyang-goyang, tangan dah tak mampu sangat tampung badan. hah! silap hitung, sesape yang berdiri tu boleh tersungkur gaya bebas berpakej terlentang malu semahunya. itu aku risau. mana nak simpan muka bajet cute aku ni weh. mana?

itulah kisah sardin.tak best? tak kesah weh. kihkih.

p/s:aku msg2 dgan mr.heart dlm kelas hari ni. #gedik.

Sunday, October 2, 2011

hidup baru

perst entry ni weh. haha. sesambil mengunyah kerepek ubi rumet [abaikan bm terbongkang tu], aku mulakan blog baru. dengan harapan aku rajin hapdet. blog lama aku tinggalkan tanpa nisan. haha.

hidup memang kena diteruskan wlaupun payah. alah tapikan..kalau pakai air liur memang senang. arghh. life must go on, tu omputih cakap. bila korang lalui saat2 getir baru korang paham weh ape maksud sebenar 'hidup baru'.
malas dowh nak emo bagai, tp malam yang agak bising ngn suara sumbang rumet2 aku ni.. aku isytiharkan bahawa aku akan cuba selalu berceloteh kat sini.

kenapa cokelat kopi? next entry lah aku cerita. aku nak minum! eh. peduli hape aku. =)