eskrem kacang

Monday, October 24, 2011

part 3-tips putus cinta

annyeong! haha tiba-tiba minah ni kan. malas nak tulis banyak-banyak, jom terus terjah ke tips seterusnya. ayuh readers[sambil pegang bendera Malaysia!]

4- Banyakkan berblogwalking


haha! pernah korang baca tips putus cinta dengan point ni? Takde kan. Mungkin aku ni ditakdirkan putus cinta di saat-saat aku baru mengenali dunia belog. Mungkin! Ini antara kegiatan aku saat-saat di ambang penderitaan jiwa,ececeh! kau berblogwalking lah kat mana-mana blog yang owner dia tu berhati kering, berjiwa besi macam aku. Eh? Cuba baca kisah-kisah orang yang putus cinta dan macamana mereka survive. mana lah tahu korang dapat kekuatan jiwa dan mental kat situ. Siapa blogger yang selalu aku terjah dulu masa jiwa bercelaru tuh? Elia si Jejari Runcing lah. Terkena pulak time tu dia baru baru putus tunang dengan keeper hot Malaysia, Apex. hari-hari aku terjah. aku kasi khatam kisah-kisah cinta dia dari awal sampai akhir. Sampai kes kecurangan Apex dibongkar. Pergh. entry dia cool je. tak ada bentak-bentak, tak ada maki-maki sesape. Cool je kan? so aku fikir, kisah dia didedahkan media, semua orang tahu kisah tu. mesti dia lagi sedihkan? So what the heck aku yang putus dengan orang biasa-biasa ni nak emo bagai. Nah! aku bangkit dari kekecewaan.

5- Beri peluang pada diri sendiri

Sebelum ni berapa lama kau kaple maple staple dengan ex kau tuh? 1 tahun,2 tahun,4 tahun? tak kira berapa lama pun, anggap saja tempoh tu suatu penganiayaan pada diri sendiri. Kenapa? Bukan aku nak kata semua yang dah berlalu tu sia-sia[mentang-mentang dah putus kan?] tak! tak!. Tapi cuba kau bayangkanlah, selama kau berkaple tu, hidup kau mesti berbahagi-bahagi kan. untuk kau, untuk dia, untuk orang sekeliling. Kadang-kadang nak bermanja dengan diri pun tak sempat.setiap masa nak bertext, berBBM, berskype, lapor sana, lapor sini. Nak makan nasik pun kena bagitahu kalau tak merajuk. bodo seyh!.ini memang satu penganiayaan pada diri weh, ini belum dikira bila si dia merajuk..mahu 3 hari 2 malam nak memujuk bagai. pernah tak korang perasan ada dialog macam ni kurang lebih..
eh! panjang bebenor rambut aku ni.tak bergunting
pergh.lama tak contact member lame kat ehem ehem.
lah. tak pasan kot ada jiran baru blok belakang tuh.
wow.abah polish baru kete dia.
ini antara petanda bahawa kau memang aniaya diri. mana lah sempat nak fikir ni semua kalau kau sibuk melayan kaple je kan? aku pun dulu terperasan banyak benda. aku semacam lupa aku ada ramai kawan-kawan sejati untuk ditext, aku ada ramai member susah-senang untuk berskype,ada ramai geng untuk diajak lepak. memang sedih. bila kuciwa, dengan diaorang jugak aku bercaci-maki-kutuk-mengutuk ex aku. tengok! 
kau kenal diri kau lebih lama dari 
kau kenal dia,
sepastinya dia tidak ternilai untuk kau terus
menganiaya diri kau sendiri.

faham-fahamkan. siapa lebih berharga? kau atau dia? jadi beri ruang untuk diri kau berfikir dulu.

6- Berhenti Berharap

Bagi readers pencinta novel melayu, tolonglah kembali ke dunia nyata. kisah-kisah dalam novel hanya nukilan penulis. tidak akan terjadi di alam realiti, hero kembali kepada heroin setelah meragui kesetiaan heroin, sang arjuna melutut merayu pada si gadis selepas meninggalkannya untuk wanita lain. tak! itu cuma karya novel. Cinta pertama kedua, ketiga bukan persoalan. betul! memang susah melupakan seseorang, nak-nak pula mereka yang pernah merajai hati kita. Tapi inilah lumrah hidup yang pahit untuk ditelan. Berhenti menunggu text dia, tolong! berhenti mengharap dia akan kembali, tolong! ini cuma akan menyakitkan hati kau. let it go. Harapan kadang-kala harus disimpan untuk sesuatu yang lain, yang lebih bermakna. Pasti ada hikmah disebalik semua ini. Aku? dua bulan pertama, akibat pengaruh novel melayu. aku berharap dia kembali. aku berharap dia hadir untuk menyambung kembali pertalian yang terputus dulu. bodo weh bila diingat balik. Nak-nak orang tengah berbahagia dengan yang lain, ada orang nak pandang? sila jangan jadi bodoh. kalau dia rasa kau tak cukup baik untuk dia, maknanya dia juga belum tentu cukup sempurna untuk kau.


macam biasa. 3 tips untuk satu malam. Insya-Allah aku hapdet lagi. maaf kalau ada tersalah bahasa. peace!

p/s:mood tak stabil. Td tengok mr.hearty dengan orang lain. ==". perlu makan jajan untuk kembali ceria! bai.




No comments:

Post a Comment

bagi cokelat mocha satu,please. hik3x!