eskrem kacang

Thursday, May 24, 2012

19 May 2012-Hari Kesayangan Hamba

*Dia ni memang part-time model dulu*

19 May 2012

Kena paksa dengan rumet aku yang kononnya ahli tertinggi persatuan untuk join dinner. Dah lah paksa, kena bayar sendiri pulak tuh. Sayang rumet punya pasal, aku ikut lah. harap kau baca belog haku ni rumet oi

Dinner di Student Pavillion saja. kau hingat kl je hade Pavi? Unimas pun hade la Tema black and white tahu. Tapi aku bedal pink and red+blue. Hebakk doh otai ni. menguap

Macam biasa lah dah namanya dinner, haruslah ada makan. Bila ada makan, haruslah ada nyanyian. Dan haruslah bukan aku yang nyanyi. Aku lebih suka duduk di meja dan berlagak vip, main-main garfu sudu bagai, lap mulut gaya diva, kuis-kuis dessert, tepuk tangan slow-slow persis wanita melayu terawal. Eh!

Dinner yang agak hebakk. Haruslah aku puji, member-member batch aku yang anjur. Muehehe. Hambik hati. Harus. Semoga sem depan aku dapat semeja dengan vip. 

Aku salute laju-laju untuk coursemate aku. Pandai dorang nyanyi. tangan di dada, mata kerdip sikit, mulut muncung, berdiri tegak

Kenyang perut, perut buncit. Eh tak. Lepas makan mesti snap-snap. Harus dan harus. Dan aku yang tak berkamera kuasa tinggi ni, tunggu tadah muka saja. Lagipun ramai yang nak bergambar dengan future-retiss nih. Hah? Hah?

Bukti mahu?

*Retiss sayang peminat*


Siapa? Yang pakai shawl pinkyblue tuh? A ah, comel kan?


Lagi?


*Kenapa entah aku tambah unsur bungagediks nih*



Last but least, crowded but not ugly.


Wajah-wajah kesayangan hamba
*Besarkan mata anda*
Cari aku
^^

Antara kenangan terindah semester ini. Walapun aku rasa sem ni sem paling tough untuk aku dan kawan-kawan. 




note: Kami satu bilik dapat hamper untuk lucky draw tahu? Bertuah kan? 


Friday, May 18, 2012

Aww aww aww aww

'Hey,wassup yo' *suaramanja.com*


Wanita selalu remeh. Wanita selalu kisah benda remeh-temeh. Wanita selalu menangis. Wanita selalu menjerit. Wanita itu wanita ini. 




Dan aku 


menjerit 


tengok benda


benda


yang 


remeh-temeh ini.








Comey =*)


Kau menjerit tak? Kalau jerit, memang wanita sejati. Bhaha.

Note: Entry di kala keboringan tahap 4 yakni tahap kritikal. Bai.

Friday, May 11, 2012

Ini adalah entry paling gedik. Maka sediakan baldi.


Assalamualaikum readers. Silent readers mahupun kepoh readers. 


Semenjak dua tiga empat menjak ni, diri dahku tak berapa ada masa nak hapdet blog ye ye takde orang kisah. Wuwuwu. Itew sibuk lah awak. Buat muka omeyy *omeysangat.jpg* PANG!

Tiga empat minggu terakhir setiap semester memang waktu genting. Ya mungkin untuk aku saja kot, jaguh kerja last minute. gelak ah gelak  Dengan assignment, dengan events, dengan masalah rumah takde tangga wekk dengan masalah duniawi including house, budget, spending, etc etc. Blerghh.
Tapi Twitter 24/7 itew suke twitter aww.
*Kenapa aku gedik?*

Semua orang ada masalah. Yang bezanya cuma how we solve it. Susah senang sesuatu masalah depend on us. Jangan kata "Masalah aku rumit doh, kau takpe ah masalah ciput". Jangan. Imagine this, kau pergi mall dan barang atas rak semua homogeneous. ok adik-2,maksudnya ialah sama .Seronok tak kau rasa? 
Tak kan? Sebab tu kita dikurniakan masalah yang berbeza. Supaya kita seronok
explore dunia yang penuh masalah ni. Eh. =="
Aku tak tahu kenapa aku cerita
pasal masalah.
Tak tahu. 

Bergelumang dengan kehidupan yang ada varieties of problems teach us how to survive. Poor you if you are the type that love to being an introvert. Aku tak boleh. Hidup aku mesti full of joys, jokes, friends, movies, hang out, tweets harus ada  gossiping. Aku tak mampu jadi introvert. Aku akan kena kanser mulut kalau tak bercakap untuk setengah jam. sebab tu dalam kelas aku asyik potpet. =="
Seriously aku tak tahu macam mana an introvert boleh survive dalam dunia kampus. Boleh bagitahu? Siapa introvert kat sini? Lepas ni tekan comment eh. Wuwuwu.

*LepakingAloneTapiKiut*

Besok ada presentation lagi. Lagi dan lagi. Berdoa supaya aku tak ditembak dengan soalan yang hardcore level. Aku nak warning coursemate supaya angguk-angguk paham saja. Or I will broke their fingers. 
Aww kenapa aku macam jahat nih. Itew baik ah. 





*****************



Music.Coffee.Online.Hijaber. This is really me =)


Rindu ibu. Rindu ayah. Rindu adik-2. Rindu semua orang. 21 June. Lets meet faster. Wuwu~

Note: Takde mood. Bhahaha~
Bogoshippo 





Tuesday, May 8, 2012

Kekasih Hati Dunia Dan Akhirat

Cerita cinta kekasih tidak akan pernah dapat menandingi kisah cinta ibu dan ayah.
Kisah cinta yang tidak akan pernah pudar, tidak pernah layu.
Ibu dan Ayah, kekasih hati yang tidak akan pernah
meninggalkan aku.
Tidak akan.

Aku 
pernah berkasar pada mereka
pernah membohongi mereka, pernah menyakiti mereka
pernah membuat mereka menangis
itu khilafku pada
ibu dan ayah
Maaf.

Namun
tidak pernah pula mereka cuba untuk
meninggalkan aku sendirian di dunia yang penuh kepura-puraan ini
menyakiti aku, membohongi aku mengenai kasih sayang mereka
tidak pernah sama sekali
sayang itu luhur dan ikhlas buat aku
tidak akan pernah luntur
Tidak.

Kasih sayang mereka sehingga ke akhirat kerana aku lambang cinta mereka
aku bukti cinta mereka yang terlahir kerana Allah s.w.t
aku pewaris cinta antara mereka
maka,
mana mungkin aku ditinggalkan,disakiti,dibohongi,dicurangi
Setiap salahku,setiap khilafku
berbalas dengan pelukan erat tanda cinta, 
bersama kasih dan sayang
Cinta abadi.

"For all the times I made you cry, the days I told you lies"- I'm Sorry

 But I'm swear. I'm gonna make you happy. And I'll never let you cry anymore. Thanks for everything. Raise me and those naughty kids =) , no word to describe but both of you are My Number One.

Note: Let hug our mum and dad, before its too late. Being shy to hug them? Remember, they never being shy to kiss us in front others. 

Nadia 08052012
lots of love.