eskrem kacang

Saturday, December 31, 2011

Ini Pesanan Untuk Korang2 Yang Ohsem

Omey tak? Jakun gila lama tak conteng guna paint.

Oleh kerana aku dah mula risau pasal exam yang bakal buat aku toleh kiri kanan dalam dewan,maka segala ektibiti berkaitan cik belog uduh terpaksa dihentikan. Sebab benda ni tak masuk exam *member aku cakap*.
Oleh yang sedemikian, kalau korang rindu nak baca post aku yang menceriakan hari korang, bacalah entry aku yang lepas-lepas. Boleh hilangkan rindu nanti. =D

Antara post yang bagus untuk tahun baru:

Lepas baca tu boleh la komen. Kalau korang ada nak tambah ke nak respon ke, buat lah entry. Letak link kat komen di entry aku tuh. Nanti lepas exam aku baca. Nak jugak kan tengok respon korang. Kot-kot bengkak hati tak setuju. Muahaha.

p/s: Hey korang! Aku dah pakai Cbox. Rajin-rjinlah tenyeh tapak kaki kat situ. Dan epi niu year,bai!

Ketukan papan kekunci terakhir di tahun arnab.

Ini Adalah Betul!

Maka mengakhiri tahun arnab dengan status single. Alhamdulillah aku sihat dan bahagia walaupun takde kapel. Sape kata takde kapel tak bahagia. Bahagia wokk! Tahun 2012 dalam perancangan lagi sama ada nak menamatkan zaman single-hot ni atau tak. *bajet ramai peminat* Malas nak mencari,biarlah dia datang bergolek-golek. mcm bola la pulokss ==" 

Sempena tahun baru,marilah sama-sama kita buka lembaran baru. Esok nak tukar cadar baru. *takde kaitan

p/s: sape-sape yang ada abang yang single-mingle-hot boleh tinggalkan jejak kat Cbox. Follow la sekali bakal sister in law ni. bai!

Sunday, December 25, 2011

Sajak 21. Sajak aku.

21 Tahun yang dulu
dilahirkan di bumi bertuah 
dibesarkan dengan limpahan cinta dari-Nya
dicintai sepenuh hati oleh ibu dan ayah
dididik sempurna dibentuk berjiwa

21 Tahun yang dulu
masih bertatih mengenal dunia
masih berkelip menonton drama dunia
masih gagal membeza zahir dan batin dunia
masih lemah menyuarakan suara hati

namun

21 Tahun kini
cinta dari-Nya tetap utuh di jiwa
cinta Ibu dan Ayah tetap yang utama
cinta adik-adik adalah penawar jiwa yang lara
cinta teman-teman penghangat jalan kehidupan
cinta itulah membawa aku ke hari ini

21 Tahun kini
aku masih berlari anak mengejar hidup
kadangnya tersungkur,berdarah peritnya sebuah luka
demi sebuah pengalaman hidup
langkah diayun ke hadapan
biarkan darah mengalir laju kerana
akan tiba saatnya ia kering di situ
seperti kita yang akan berhenti bernafas bila dijemput

21 Tahun kini
aku dicinta,aku diluka,aku ditikam
aku disayang,aku dikhianat,aku dibelai
akhirnya aku kumpul
satu pengajaran bahawa segalanya itu membuatkan
aku belajar menjadi dewasa

My 21st Birthday At Borneo

Hello peeps!

Aku dah cukup umur. *untuk mengundi. Malam tadi celebrate bersama kawan-kawan English. Tak tak tak. Bukan mat salleh. Tapi kawan-kawan dari kelas English. Unexpected saje sebenarnya. Keluar cuma untuk memontelkan diri sebab Mira nak belanja makan untuk Maggie Ghost Crews je. Tak sangka pulak Faiz bawak brownies dari rumah dia. =="

Aku agak malu bila dorang nyanyikan bday song kat restaurant tuh. Siyes,semua orang pandang. Padahal baru jam 10.30pm. Belum detik 12 pun. Tapi katanya Faiz,"tak kan nk tunggu 2jam kt cni kot". Ye jugak kan. Sedap brownies tuh. Lebih sedap bila brownies sebesar tapak tangan tu share-share dengan semua. Aksi suap menyuap ada! No pics. Sebab aku terlalu malu nak keluarkan enpon Aku kan bday girl,kenalah sopan. =="

Maka setelah kenyang melantak. Berkonvoi pulak ke pusat karoake. Berkarok 2jam. Ambik 2 box. Aku brsama Rima,Faiz,Ady dan Razie. Box sebelah Fatin,Faizal,Mira dan Zaid. Aku tak mampu nak karok lama2,malu jugak. Duet dengan Rima dua lagu dan dengan Faiz dua lagu. Itu pun sebab permintaan dorang. Konon-konon bday girl kena nyanyi jugak! Kuang hasam kan dorang. Ekceli itu first tyme aku karok dengan boys. Innocentkan aku?

Balik-balik suara serak. Faiz lagilah. Seksi terus. Hari ni tak tahu lagi perancangan apa. Jangan mandikan aku dengan telur dan gandum sudah. Aku tak rela. hekhek.

belog wish Happy Birthday! Tenkiu lah cik belog uduh.

p/s: Ada scene yang membuatkan aku tersenyum sampai ke pagi. Secret! *angau sensorang.

Saturday, December 24, 2011

Bahasa itu Identiti. Rosak Bahasa,Rosaklah Identiti.


Amacam? Terbelit tak lidah? Sengal-sengal lidah aku baca. Aku rasa button 'a' dia tak berfungsi. Mungkin. Masa bercinta boleh lah kau nak main cayang ketat-ketat pakai tulisan pekat-pekat sampai orang baca jadi pelat. Bila dah putus. "Eh kau ni tak boleh eja betul-betul ke?". =="

Sila lah berbahasa seindah bahasa. Cewahh! Paling tak boleh blah, bahasa Inggeris pun main bahasa kreatf. [ai dun noe. hv a blst dey. hp cod c u nxt tyme]. Setengah jam nak faham. 

p/s: Ada yang terasa tak? Sorry. kehkeh. bai!

Monday, December 19, 2011

Aku, Ariz & Senyuman Mu

Hello peeps! *bajet ramai readers ah.

Jarang update blog bukan bermakna aku nak buat blog aku jadi blog pekasam macam kiah pekasam ke hape. Tak tak tak. Kecelaruan minda dengan asemen bergunung Alps buat aku terlupa,aku ada blog untuk dibelai. Ececeh! Kau nak aku cerita pasal apa?

Cinta? Cukuplah aku kena DM kena Inbox bak retiss popular gila glemer sebab cerita pasal cintan mintan. Politik? Malas. Karang aku kena tahan dengan ISA sebab salah cerita. Aku belum kawin ni. Retiss? Bacalah blog pemes. Nanti kau boleh pilih cerita retiss mana kau nak hadam *esoknya boleh sembur air liur cerita kat member kan. Kekasih hati? Babap kang. Ada orang aim aku sekarang. Tutup dulu pasal kekasih hati, ada orang intip aku. Bukan bajet retiss tapi dah orang nak tahu sangat pasal aku. Pelik? Jangan garu kepala,sila garu peha. Sebab aku pun tak faham. Ahaks!

Meh aku nak cerita sikit pasal kisah romantik aku 3 hari lepas.

Aku kenal budak laki ni baru je, nama dia Ariz. Aku kenal gitu-gitu je. Aku tak layan sangat. Kan aku budak skema-nerd-melampau. Lagipun aku malu nak rapat-rapat dengan dia. Dia dah dah la comel,baik pulak. Selalu contact dengan dia pun melalui Fb je,selalu-selalu tu YM *old-skul kan?. Call jarang-jarang kot sebab aku ni kedekut kredit, dia pun takde henpon.. Pakai public je selalu. Nak dijadikan cerita,dia ajak aku keluar tengok wayang kot. Aku mula-mula tak nak kot. Tapi keluar jugak, aku pakai baju cantik-cantik. Pakai baju pink kot. Gelikan? Haha aku tahu. Keluar rumah memang aku terkejut gila. Kemain besar kereta parking depan rumah,limosin kot. Eh tapi aku nampak Ariz kat hujung sana. Ah dia datang naik kancil jek rupanya. Limosin tu? Entah,member nenek aku punya kot. Punya sopan aku berjalan, sebab aku dah nampak Ariz lambai-lambai. Comel dia, pakai tuxedo hitam. Macam Joe Jonas kot. Tapi malang tak berbau, kedebukk! Aku tertiarap depan Ariz. Atas jalan kau. Sakit? Tak. Sebab aku cuma mimpi. Betul. Bukan mimpi basah,tapi mimpi melampau sebab tak basuh kaki. Kesian? Kau lagi kesian,kemain tekun baca kisah aku. Kan? Jangan lah marah. Siyes,bangun tu rasa nak babap je belakang rumet aku. Dia lah goyang katil sampai aku terjaga. Siot je kan?

Camne? Romantikos tak? Ada macam cerita chek de rela tak? Tak de? Merajuk 2 saat. – Dah! Paling kurang, korang senyum kan? Aku tahu dan pasti..ada antara readers yang takde mood kan? Aku kembalikan mood korang. Please senyum.

p/s: Sebab tu banyak kot. Mimpi kan selalu pudar. Mana ada kaler! Kihkih. Tolong komen kalau korang suka entry aku. Please,buat aku senyum pulak. =)

Friday, December 16, 2011

Entry Seminit Bernafas

Maka aku bersara sudah dari dunia teater. Maka aku perlu tumpukan perhatian kepada asemen bergunung itu. Maka aku akan komited lebih pada study. Maka aku tak perlu keluar memalam untuk latihan jerit pekik suara untuk teater. Maka aku akan sangat rindukan budak-budak teater aku. Lalu aku menonton kembali video-video dan gambar-gambar kenangan kita bersama,dengan itu aku masuk ke alam jiwang. Sekian.

********kedegummmm!*******

Entry paling pendek dari aku. Sebab aku nak bersiap-siap pergi teater nite jap lagi. Manalah tahu kot-kot group aku menang. Haha. Sungguh perasan. Tunggu aku hapdet lagi yer.

p/s: Aku nak hapdet gambar myZ. Jadi sila baca entry aku nanti. Wuhuu!

Sunday, December 11, 2011

Aku dah tengok Ombak Rindu. Aku tak jeles dah.

Kemain kan tajuk aku. Tu lah, setiap kali online aku makan hati tau tak. Kat twitter sibuk tweet pasal Hariz, kat fb pun busy komen pasal Izzah, kat blog tak payah cerita. Review memanjang. Memang angin lah aku kan. Nak menyampuk kang tak pasal-pasal kena lepuk. Tadi tetiba balik praktis orang ajak keluar. Aku apa lagi, dengan senang hati walaupun poket tak senang..aku ikut! Lantak lah, makan eskrem je pun lepas ni. Rela demi Hariz ==".

Mula-mula keluar Aaron aku dah menjerit. 'Argh! Hensemnya!'. Aku rasa orang sebelah terkejut kot, tak kesah la. Aku pun heran kenapa aku teruja sangat. Padahal sebelum ni tengok dalam tibi takde excited cenggitu hah. Mungkin sebab skrin sebesar-besar alam kot, jadi aku teruja nampak Aaron sejelas tuh. ==" Memang aku jakun retiss. Cakaplah! 

Aku bayangkan watak si Mila tu gedik tahap dewa. Siyes, sebab aku terpengaruh dengan novel. Tapi tup-tup bila Lisa Surihani keluar menggedik, satu panggung ketawa. Aku tak faham kenapa. Tapi disebabkan aku ni tak mahu nampak ketinggalan, aku gelak sama. Comelkan aku? PANG!

Part Aaron menangis memang mencabar lubuk hati aku weyh! Dah kenapa aku rasa nak sob sob je bila dia nanges. Huk alah, memang aku dah sibuk nak cari tisu dalam beg. *terlupe kejap yang aku tak pernah beli tisu =="    sebab nak cover nangis  bila member aku sibuk kacau. Nak feeling pun  payah la mamat tu. 

Pompuan sebelah aku sibuk pot pet jadi pengkritik mulut itik komplen sana sini. Macam bagus. Hah! Kan dah marah. Siyes weyh, sibuk je dia nak yark yark. Hape dia ingat kita tengah tengok rancangan fear factor yang burul lantak tu ke? Lepuk jugak karang. Nasib panggung tu bukan ayah aku punya, kalau tak dah kena ban dah minah tu. Orang nak feel jiwang pun payah.

Watak Pak Dollah paling aku suka kot. Kenapa? Sebab dua kali scene sedih, dia boleh buat satu panggung pecah perut dengan mimik muka dia. Tak sedih langsung pak cik Zaidi Omar *tetibe jadi pak cik. ==" 

Aku bukan review filem. Cuma betullah apa orang cakap. Yang dah baca novel Ombak Rindu, mungkin korang akan rasa kecewa sikit. Jalan cerita dia memang tak sama dengan novel. Dah apa lagi? Cepat heret sesape pergi panggung. Tengok.

camerawoman ada parkinson. harap maaf.

Ini kawan baru yang selalu senang hati nak bawak pergi jalan-jalan dan hantar balik kolej. Sayang dia lebih lah. Faiz nama dia. 

Saje nak bagitahu. Aku tgok kat MBO Kuching! 


p/s: Tadi salah seat. Faiz lah. Nasib gelap,orang tak cam sangat. Eleh macam lah aku retiss kan? Bai!

Friday, December 9, 2011

Family Baru Untuk Sem ini.

Taip-taip delete, taip-taip delete, taip-taip delete. Jadi malas taip lah. Boleh? Huk alah. Nanti kau nak baca apa pulak. Upload gambar je lah. Ada readers yang nak tengok gambar-gambar sekitar hari teater Khamis lepas. *grup aku dpt msuk final tau!.

scene 1: burok jek aku kn?

ni hero kami. Razi & Ammar<3

owh ini scene aku jd waitress. Ntahape2 =="

Malas dh nak upload gambar masa teater. Banyak aku muka burok. Haha. Lepas teater budak-budak engine ajak keluar lepak sesama. One big family. Best! Jom usha.

time makan kat KubahRia,Satok.

One big family.

Lepak Middle East,Kuching.




Muahaha! Si Pejal.

Itu....ye shisha.

Aku suka gambar bawah ni. Ntah kenapa.
-
-
-


The best candid for that nite. *kedit to Salwa 

Lepak sampai tengah malam dengan mereka. Aku terlupa seketika pasal asemen. Best dapat kenal korang. 

p/s: Kadang-kadang kita kena kenal 'family' baru untuk menikmati hidup. Aku suka family baru ni. Siyes. Dorang fun dan dorang tahu macam mana nak enjoy campus life. Social life must go on!! =D





Saturday, December 3, 2011

Entry Penuh Date

Otak tetiba jammed. Bukan jem stoberi ke jem nenas ok. Ni jammed macam kat Tol Sungai Besi. ==" Aku bukan jenis yang suka tulis dateline-dateline asemen kat dalam buku. Sebab aku rasa itu macam pompuan. Eh! Tapi sem ni amat menyenakkan urat-urat usus aku. Sampai aku rasa nak lantik PA.

Pementasan Teater English (1/12)
Pesta Jualan 2nd Year        (2/12)
Asemen Research Method (5/12)
Rehearsal Pesta KoQi        (6/12)
Pesta KoQi                        (7/12)
Presentation EDD               (7/12)
Asemen Basic Concept      (8/12)
Presentation Basic Concept (15/12)
Presentation Ekonomi          (15/12)
Final Nite Teater English     (15/12)
Asemen Ekonomi               (16/12)
Asemen EDD                     (22/12)

Macam mana? Senak perut tak. Yang clash tak payah cakap lah. Nak golek-golek senang hati pun payah. Kenapalah sem ni semacam nak menjatuhkan aku ni. *tutup muka. Aku nak balas text member-member pun terfikir duaploh kali. Karang terfull inbox enpon dengan text gosip tapi asemen conteng-conteng lagi. ==".

Aku angin jugak bila stalker inbox aku.. "Eh dak sombong!" takpun, "Mesej tak reply pon,mencik!". Halah, kejadah lah. Aku nak pergi toilet pun tak sempat, ini pulak nak reply mesej tak penting kau tu. Dah kalau setakat tanya, "hi awak, wtpe? da makan?". Eh halo, selama ni aku makan tak makan sihat je. ==" Emo pulak   aku.

Entry ni tak ada gambar. Folder gambar ada 2765. Jadi mana sempat aku nak godek-godek cari gambar. 

p/s: Aku banyak update Twitter je. Kenapa? Aku kan retiss. Retiss tak main pesbuk. PANG!!