eskrem kacang

Sunday, October 30, 2011

CINTA bertepuk tak BERBUNYI.

Alah,saja nak bagi otak kau bergerak. Cinta bertepuk sebelah tangan la tuh. Mesti la tak berbunyi kan,namanya lagi sebelah tangan. Eh! Tapikan, kalau sebelah tangan tepuk kedebukkk!! atas belakang kau tetap berbunyi kan? kehkeh. Kiddim! Apa aku nak cerita ni. Idea idea idea kamonn.

SET!

Kau pernah kena penyakit ni? Atau kau pernah berada di pihak tangan yang tidak menghulur untuk sambut tepukan? Aku dua-dua pun pernah. Hebat tak aku? Banyak pengalaman ni. *sambil senyum poyo.

Seronok kalau kau ada menyukai seseorang, tapi tak seronok kalau dia tak suka kau balik. Bukan maksudnya dia benci kau, tapi maksudnya dia tak suka kau sepertimana kau suka dia. Eh! Macam pening ayat aku kan. Gasak lah. Aku sebenarnya malas nak menaip, sebab aku lebih suka bercakap. Boleh terima alasan aku tu? Kehkeh.

Aku nak kongsi beberapa quotes untuk dikongsi dengan kau sebagai tanda perkongsian perasaan serta berkongsi rasa. Alamak! kehkeh.

*ini yang kau harap-harapkan kan?*




Sememangnya sesiapa pun nakkan bahagia, tapi kadang-kadang kau kena terima kenyataan jugak. Iya! Walaupun sepahit jus peria! Siyes weh.

*betul kan?*

Cakap pakai air liur memang senang. Yang merasa je yang tahu kan? Tapi jangan sampai memfoolkan diri sendiri. Sebab perasaan kita tu kadang-kadang pandai berubah jugak. Fahamkan?



*please. simpan air mata kau ok?*

Cinta pada manusia ni mostly melalaikan. Kau perasan tak? Mesti tak perasan sangat kan, bila dah mabuk cinta tu,  semua sapu. Hurm.. Aku pun macam tu jugak. Hanyut! Jangan sedih kalau cinta kau bertepuk sebelah tangan dude! Sebabnya? Nah!!


*aku baca ni berulang kali,sampai terasa sebak* khilaf nya aku. =(

Saat kau rasa tertekan yang amat, banyakkan bersabar. Kalau aku, bila aku tertekan aku lebih suka habiskan masa membaca quotes macam ni lah. Ia lebih baik dari kau nak maki-hamun-caci-maki orang sekeliling. Ingat! Setiap orang ada masalah tersendiri. Terserah pada kau macam mana nak handle. 

*walaupun aku kurang setuju*

Sebab Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah. Kenapa? Orang yang salah inilah yang akan banyak mengajar kita erti kecewa dan air mata. Eh! Macam tajuk lagu kan? kehkeh.

Khas untuk readers yang suka menghabiskan masa berharga membaca belog merapu aku ni. Ini quotes terakhir *untuk entry ni lah! 

*sila dan sila dan sila berhenti*

Sekian dulu untuk laporan kali ini. Kembali ke stesen utama untuk.. -->>dushhh! Oh! Sedar kembali. Aku memang suka merapu kan. Alah kau baca jugak. kehkeh.

p/s: Member aku suruh aku tukar nama belog, 'Belog Doktor Cinta'. Tak nak aku. Hah! Paling tak boleh dibelah ada cadangan nama ni. 'Belog Doktor Cinta Jual Cokelat'. Apa lah member-member aku ni kan.

4 comments:

  1. haha..nice entry bytheway..
    cokelat kopi ney nama dia dh cukup nice dh...
    dokter cinta mcm...er..er...:p

    ReplyDelete
  2. @nadya: tau tau. haha. tak kan la. kite lagi suke cokelat dari cinta la. *kononnya! kehkeh.

    ReplyDelete
  3. wah..sokong la kwn awk..bole jd dr cinta ni..btw,,tQ share quote2 ni..btol2 menarik..psni,,share bebanyak lg eyh :)

    ReplyDelete
  4. @mawa: hehe, boleh jer. nnti slalu2 sggah sini taw yunk! =)

    ReplyDelete

bagi cokelat mocha satu,please. hik3x!