eskrem kacang

Sunday, October 23, 2011

part 2-tips putus cinta

aku punya tips ni boleh diguna pakai oleh kedua-dua pihak. Eh? iya lah. lelaki boleh aweks lagilah boleh. kalau korang tak berkenan takpe. Kalau berkenan lagi lah takpe.lagipun aku punya tips ni lebih kepada mereka yang DITINGGALKAN.  bukan yang MENINGGALKAN. ok? cekidaut!

1- Jangan text ex korang.


kan biasa kalau dah clash tu, ada yang gatal-gatal nak text ayat taching bagai. contohnya macam, "awak. terima kasih untuk kasih syg yang awak bg sebelum ni. kita tetap kawan kan?". Tak perlu! ataupun macam ni, "awak, walaupun apa dh berlaku,awak tetap di hati saya. semoga dia dapat bahagiakan awak". sekali lagi aku tegaskan. Tak perlu! kenapa? jangan tunjukkan sangat korang tu sedih. biasalah. siapa tak sedih kena tinggal oleh kekasih. sebaliknya, korang kena buat-buat cool. buktikan kau boleh hidup sempurna walau bukan dengan dia. [kalau nak nangis, boleh. tapi dalam bilik saja]

2- Jangan unnfriend atau block ex korang di FB


Penting ke? sangat penting. itu senjata tanpa peluru. Yang penting, jangan pulak korang post status bengkak hati ke mencarut-carut ke. Jangan! sebaiknya rehat berstatus untuk sebulan. Kenapa? kira macam tempoh berkabung sebab time tu emosi korang tak stabil, nanti status sengal-sengal je. Then, baru korang start update status happy-happy. perlu ke? iya perlu sangat. kau ingat ex kau tak stalk kau ke lepas clash. kalau bukan dia pun, mesti couple baru dia yang stalk kau.[in case ex kau ada orang lain lah]. jadi, tak kan kau nak tunjuk yang kau sedih kena tinggal pulak kan? jaga maruah sikit okey. contoh status yang aku suka nak suggestkan:
sejak dua menjak ni kredit kembung je lah!
eh. skrg tak ada org mtk share2 kredit lh. knp ek?huhu.
alamak! ramai pulak ckp sy makin berseri.yekew?

ini cuma contoh je.bayangkan kalau ex kau punya muka bila baca ni. nak-nak memang dia yang selalu mintak s.o.s dari kau selalu tu kan. hewhew~

3- Jangan text perampas

untuk kes yang ada orang ketiga. walau korang kenal perampas tu sekalipun, tolong jangan text atau call dia. Jangan! itu tak penting. walau pada niatnya kau just nak text ayat baik-baik atau ayat bajet kau cool, Jangan! nak-nak pula kau text ayat sumpah-caci maki. tak ke haru kalau dia reply,"patut lah kena tinggal! mulut cabul rupanya." hah! bertambah sakit kan hati. jadi lebih baik diam. jangan kau salahkan dia 100%, sebab kalau bertepuk sebelah tangan memang mustahil untuk berbunyi apatah lagi berirama. Kalau perampas text kau? Jangan balas, belum waktunya kau nak tunjukkan power. faham? 

boleh tak kalau tiga dulu malam ni? lagi nampulohlapan tips esok kepada esok-esok pulak. boleh? tips yang atas ni adalah untuk permulaan perpisahan. yang lain akan menyusul tu ialah tips pertengahan perpisahan. dah macam doktor cinta nurse kasih sayang dah aku ni. hewhew.

p/s:ingatkan aku kalau aku lupa. aku tak suka makan semut tapi semut yang selalu masuk dalam makanan aku. bagi yang tengah nangis-nangis sampai hingus berbaldi-baldi tu, sila ulang baca entry aku yang ada quotes best tu. kat SINI!!!!!  bai.


4 comments:

  1. tp kn,,slalu org wat cm2..no 3 tu..slalu jew org wat..hot gitu..haha

    ReplyDelete
  2. @ct mawa: itu yg slhnya yunk. time hot, otak tak berjalan dgn rasional. huhu.

    ReplyDelete
  3. wah,,,dr love niii,,banyak pengalaman erkk,,untonglaa,,heheh :)

    ReplyDelete
  4. hahaha, btol3. nice tips. will be used soon.

    ReplyDelete

bagi cokelat mocha satu,please. hik3x!