eskrem kacang

Monday, October 10, 2011

ce teka ce teka.

ada member aku tegur. "wey!apesal kau x hapdet belog tak cantek kau tu weekend neh wey?" amboi dek senah, mulot bau belacan kau ye. tau jugak kau baca belog aku yang tak cantik ni ye. oke-oke, maksudnya lepas ni tak ada chance aku nak keji-caci-maki-sumpah kau. ok tak baik.

             ***************************************************

sambung balik. tadi main angry bird kejap... oh. ape aku nak cakap tadi eh. ape? pasal senah? buat ape cerita pasal senah,virus karang belog tak cantik aku nih.
ke mana aku weekend lpas. entah. ada je, blogwalking, main tido bangun dengan rumet-rumet, makan tido sambil main angry bird. hah. itu je. kemudian, aku kembali berketuk-ketuk dengan lappy terchenta nih.

tadi lepas kelas basic concept bersama en.nick..hujan lah puloks. adeyh. time nak balik tu lah dia nak hujan. ape lagi..melongo depan kelas sambil membayangkan diri di syurga yang belum tentu nak terima aku nanti. kahkah. gelak laju-laju korang.tetiba en.nick datang dekat aku. *shy-shy meow aku. untuk rujukan, en.nick tu lecturer termuda kiteorang,tak kawin lagi tau. huahua! #gedik. cenggini lah antara perbualan kiteorang sambil diselangi hujan yang seakan menyanyikan melodi cinta. cis. meraban tetap nombor satu dalam hidup aku ni. jom cekidaut.

nick: hujan makin lebat ni, tak boleh balik. nak redah nanti demam kan?
[alah, berbasa-basi la tu.aku pun nampak lah hujan kat luar tu.hensem punya pasal.aku serta merta angguk bersungguh-sungguh] 
aku: a ah. nanti demam. manja sangat eh. [sambil senyum biol.apesal aku nih?]
nick: tak lah. hihi. bla3x..[aku tak tulis sebab tak penting sangat. kehkeh]. ermm tinggal mana? eh asal mana?
aku: hah. ce teka ce teka. [gini lah aku setiap kali orang tanya asal aku. memang ge,ar aku bermain teka teki cenggini]
nick: kedah.? [muka aku macam orang kedah ke weh?]
aku: tak.
nick: johor? [jauh sangat tu sayang. opps!]
aku: tak.
nick: melaka?
aku: tak. [sambil geleng-geleng manja nak pelempang kat pipi]
nick: sarawak?
aku: owh! opkos tak.
nick: selangor?
aku: tak jugak.
nick: k.l?
aku: tak. [sambil mulut dah nak gitau dia jawapannya.kesian dia kan. olollolo comel. hekhek]
nick: kelantan?
aku: yup. [dengan pantas mengangguk sambil rasa nak cubit-cubit pipi dia. hekhek]

berbual lagi.sambil tunggu hujan reda.romantik. cis. angan je lah yang termampu.
              *********************************
ape motif aku sebenarnya? oinkk! motifnya, setakat ni belum pernah orang dapat detect aku dari negeri mana walau ke mana aku pergi dan ape jua aku cakap. memang lidah aku power. aku boleh berbahasa banyak dialek wa-cakap-lu! itu motifnya. nampak tak? kadang-kadang seseorang punya 'slank' akan dapat didetect setelah lame dia bercakap[agak skema di situ]. tapi tak bagi aku.

pernah dulu masa kat plkn. member aku tanya, weh esok dah nak balik[setelah 3 bulan kat situ], aku naik bas ngan kau lah balik kolumpo. eh what the..? sama ada dia tak peka atau aku yang kejam sebab tak menjelaskan secara hitam putih bahawa aku dari kelantan bukan kolumpo~

p/s:aku deactivate fb. alasan aku ialah 'biasala retiss,nak privacy'. rase nak lempang aku tak? huahuahua. sekian.sambung main burung marah bersama babi tonyok!

No comments:

Post a Comment

bagi cokelat mocha satu,please. hik3x!