eskrem kacang

Thursday, October 13, 2011

belajar membelasah

ye kawan-kawan,bersama saya hos anda untuk rancangan belog cokelat kopi pahit. mari kita lihat sedutan aktiviti semalam saya bersama kawan-kawan saya.

kami mengikuti aktiviti kokurikulum. iye. kami diajar untuk membelasah. tak tak tak. bukan kelab taek wan do mahupun karate do tidak juga makan sate sambil tido. tidak yer.

kami diajar untuk membelasah secara berirama serta bersenada(ek?). dan kemudian berlatih secara bersama-sama dalam aktiviti membelasah. belasah alatan gamelan? hewhew! #bengang tak? geleng-geleng oke. betullah. bila instruktor bagi penerangan pasal bermain gamelan ni, terus kami terasa seperti diajar untuk membelasah.

bonang ni awak kena ketuk, sama juga dengan saron..kena ketuk tapi ketukan berganda, gendang tu awak kena tampar pakai tangan mengikut not lagu, dan yang besar gedabak tu awak kena pukul dia. itu nama dia gong. buruk je kan nama gong. kehkeh.

tengok! ketuk,tampar,pukul. bukan membelasah ke namanya cenggitu? haha.

p/s:dulu dah gamelan time high school,tp lupa. sebab dua kali setahun pergi latihan. @#!^*%

No comments:

Post a Comment

bagi cokelat mocha satu,please. hik3x!