eskrem kacang

Saturday, October 8, 2011

duit aku duit kau duit bersama.

ape cite aku? cerita aku macamana? aku dan cerita ku? wuwuwuw~ sengal.

tadi siang sampai ke malam ialah sesi pelaburan tanpa pulangan berfaedah bersama rumet-rumet. kiteorang keluar jenjalan kat kuching. setiap kedai kat indian street kiteorang terjah. woohoo macam melodi. terjah bukan sembarangan. terjah bermodal kau. kenapa? masuk tangan kosong,kasik duit,keluar tangan berbuah. cis. sape lah mencipta deretan kedai seluas alam bersama barang-barang yang comel lagi syiok untuk dimiliki tuh!

aku beli sikit je. betul. sikit je..tak banyak. aku tahan nafsu. betul ni. owh kamon la. hikhik. dan bila aku merasa kakiku melecet akibat memakai kasut baru tanpa digigit terlebih dahulu,baru aku perasan sesuatu. arghh! dah satu hari berjalan meronggeng menghabiskan wang titik peluh kerajaan. pergh.

melantak pulak kat Singapore Chicken Rice Express. roasted black pepper chicken with rice. not bad. tapi itu adalah cuma kerana kami kebulur tahap ke-3. wuwuwu~ aku heran kenapa aku order air yang aku takpernah order sebelum ni. kenapa? aku pun blur. biarlah. mungkin kerana budak waiter yang ambil order pakai ipad. atau mungkin kerana uncle meja depan asyik ketawa sesungguh hati. atau mungkin kerana penghawa dingin terlalu kuat di situ. arghh, tak berkaitan.

balik-balik bilik je..eh! apesal banyak sgt plastik bag ni weh. apesal?apesal? tension. eh!apesal purse aku kempis weh. apesal? apesal? tension kuasa dua. tetiba teringat sesuatu. alah! aku tak terbeli skinny jeans baru. tension kuasa kepada dua+satu. #menyesal.

dah! pergi tido.nak mimpi dapat pegang duit banyak. sebab di realiti tak mungkin kalau setiap weekend kau meronggeng kat bandar. ===>dush3x! lebam bijik mata.

p/s:weekend depan keluar camping pulak. adeyy. muflis lagi. ponteng boleh? what the..

No comments:

Post a Comment

bagi cokelat mocha satu,please. hik3x!