eskrem kacang

Wednesday, April 25, 2012

Kalau abang hensem mintak kebenaran....

Hi budak sekolah.
Hi budak campus.

Tengah mengelamun dalam kelas, uppss~ di saat aku tengok kawan-kawan sekelas dengan gigih keluar masuk kelas waktu lecturer berbuih mulut mengajar, aku terfikir satu isu. Oh ayatku! Isu kau.Kehidupan kat campus berbeza sangat dengan  school life dulu. Huh! Memang berbeza pung. 

Di sekolah, bila kita terkepit-kepit, terloncat-loncat nak ke tandas..kita dengan menahan rasa pergi depan dan cakap, "Cikgu. Saya nak pergi toilet. Boleh?" Atau "Please teacher may I go out?". Eh macam comel pulak aku cakap please ticer. =3 Kalau terkena cikgu yang tak suka student keluar masuk, mesti dia jawab "Tak. Tunggu saya habis mengajar", nasib buruk saja lah kita terkepit-kepit dalam kelas tu. Macam ustazah aku dulu ==" (Situasi normal di sekolah)

Di campus, budak-budak sewenangnya je keluar masuk kelas. Tak kira lah lecturer tengah berpeluh menerangkan formula ke, teori ke, pintu keluar masuk sentiasa sibuk. Huh. Mula-mula aku masuk u masa ni tengah innocent habis Aku agak kekok dengan proses ni. Keluar sesuka hati, masuk sesuka hati. Tapi bila dah lama, aku dah biasa. Bila diingat balik, macam biadap je kan kehidupan budak campus ni. Ke aku sorang je yang konservatif fikir macam tu? =="

Tapi kan. Kalau aku fikir balik. Ya ya. Aku memang suka berfikir. Bayangkan budak campus mintak kebenaran nak pergi toilet. Hoho. Sangat lawak mungkin. Maka akan jadilah lawak kampus kan? XD Bayangkan abang hensem tu pergi depan, "Lec,saya nak pergi toilet. Boleh?". Muahaha. Pecah perut den. 

Banyak lagi aku nak taip. Tapi aku sibuk. Ya! S.I.B.U.K. Kalau aku rajin, aku update pasal event aku besok okey? Tak janji. Tak janji. #^^

P/s: Jangan tanya kenapa tajuk aku macam tu. Aku fail bab ni. Fail. Fail. Bai!

Sunday, April 15, 2012

Entry Bergambar

12-April-2012

10pagi-10malam. Tujuan utama - Interview Pengurus-2 Kolej Kediaman untuk tugasan Inequality.

Si Udang & ME

Saya Suka Kolej Allamanda <3

Perjalanan Yang Jauh Setelah Kena Tinggal Dek Drebar *sigh*

Ini Gambar Style Muka Kerut

Ini Ahjussi-Ketua Segala Jenayah Eh Assignment

Bila tengah hari, menjengah ke Uitm Samarahan. Tapi tak banyak pic. Panas dah masa tu. Takde nafsu nak bergambar.
Salah Satu Kolej Dorang

Tak Tahu Apa Masalah Gambar Ni =="

Macam biasa. Tugasan cuma separuh hari. Selebihnya jalan-2 habiskan duit. The Spring-> Wisma Saberkas -> Giant*TaklehTinggal*->Kolej ;)

Taman Biskut&Gula-2 XD


Di Giant aku dan Si Udang melonjak macam ape entah bila timbang, then nampak angka yang semakin menurun. A haa. Setakat ni memuaskan. Oyeah~ 3 kg already gone. *Jeles tak?*

#p/s: Minggu yang sibuk. uh uh uh. Bai!




Tuesday, April 10, 2012

Kisah Fendi Sembilu Kasih &Hariz Ombak Rindu

Karpet kat Arena of Star,Genting tak habis gulung lagi. Kerusi tempat artis duduk pun tak siap susun lagi. Kain rentang segala bagai tak berkemas lagi. Mudah kata, bahang ABPBH masih membahang. Bukan nak kata hebat sangat ABPBH kali ni. Biasa je pun. Tapi dek kerana onar-onar artis yang suka buat kerja lebih ni, bahang terus membahang. Berapa banyak bahang daa. 


Aku tak tengok pun. Dengar di Hotfm sudah. Yo lah yo lah,hamba takde tv kan. Bukan nak review pasal event ni, sebab dah ramai blogger otai review. Siap tempek gambar dorang dengan artis lagi kau. Hah. Memang sengaja lah kan.

Kenal Fendi? Ke aku sorang je layan Sembilu Kasih dulu. Oh malunya #^^.

Kenal Hariz? Jangan nak muka kerut. Muka kau yang paling kuat nangis menengok Ombak Rindu hari tu.

Kecoh kat Twitter si Fendi ni tak puas hati pasal si Hariz menang. Dia kata Hariz ni kan orang luar. Entahlah. Aku malas nak komen lebih-2. Aku tak tahu sangat. Tapi aku baca lah jugak blog si Fendi ni. Hurmm. Banyak typo! =.="Kehkeh~

Nak baca? Ni Blog FendiSembiluKasih . Twitter dia pun nak jugak? Nah. Twitter Fendi SembiluKasih

Shaheizy Sam pesaing terdekat pun rilex je. Kenapa pulak dia ni kecoh satu dunia? Sungguh ku tak mengerti, uh uh. *gelek-gelek*

Dulu aku gila-gilakan kot si Fendi ni. D.U.L.U okey. Hari tu pun aku gila-gilakan jugak si Hariz ni. H.A.R.I.T.U. Sekarang? Zizan sentiasa di lubuk jiwa.

Kasihan jugak dengan Fendi ni. Mungkin dia nak mengamalkan sikap berterus terang. Tapi macam tak kena dengan masa pulak. Lagipun dia orang kuat Seniman kan? Tujuan dia mungkin nak menunjukkan kat artis-2 lain yang Seniman ni memang memperjuangkan hak mereka artis-2 Malaysia. Mungkinlah. Ini teori aku sendiri,mohon jangan tangkap aku. 


Rezeki masing-masing. Pandai-pandailah cari. Iye ke idok? *BuatSuaraZizan*

#p/s: Lagipun ni bukan zaman SembiluKasih atau BukitKepong lagi. Life must go on. Kenangan tu kita simpan dalam hati je ye bang. *Aummm!*

Saturday, April 7, 2012

Tuah Ayam dan Tuah Manusia Tak Sama.

*lap peluh* *golek-golek bawah kipas*

Ibu cakap, dia tak risau hantar aku belajar jauh-jauh sebab aku jenis yang pandai bawak diri. Oh bangga! Ayah pulak cakap, aku jenis yang kuat. Jadi ayah percaya aku mampu survive di mana-mana aku dicampak. Oh memang bangga. Adik-adik aku cakap, aku kakak yang macam lelaki. Semua benda nak buat sendiri. Oh tetap bangga walaupun aku disamakan dengan lelaki.

Apa motifnya? Saja. Nak bagitahu readers yang aku ni memang kuat. Haha. *GelakSetanMataMerah*

*************
Hari ni masuk hari kedua aku meneroka taman perumahan luar kampus. Motif utama ialah cari rumah sewa untuk semester-semester depan. Perkara biasa untuk senior yang aktif di bilik tapi tak aktif di kolej, ditendang! Lagipun memang nak duduk luar lah. Baru lah remaja. Kan? *AyatBudakKenaTendang*

Orang kata tuah ayam nampak di kaki, rezeki manusia sendiri-sendiri nampak. Macam pelik je peribahasa aku Dalam sehari banyak pilihan rumah yang kami dapat. Dari rumah atas tanah hingga ke rumah di awangan. Dari murah dan mampu bayar, hingga ke rumah mahal mampu bayar tapi tak mampu makan, hinggalah jugak ke rumah tak mampu bayar lansung. XD

Alhamdulillah. jumpa sorang makcik yang baik lagi peramah. Dari dia, kami jumpa rumah yang amat mampu dibayar. Walaupun di tingkat empat, redha saja lah. =)

Aku, WanitaMisteri,& Si Sotong

Gambar di atas tiada kaitan dengan entry ni. Saja nak tempek. Itu wanita misteri untuk art appreciation. Jadah lah aku kena belajar art. Takde kaitan langsung dengan course aku. Redha lagi~ phew..

#p/s: Tak sabar nak tinggal kat rumah sewa. Mesti syewonowk. *pang*. Bai!