eskrem kacang

Tuesday, April 10, 2012

Kisah Fendi Sembilu Kasih &Hariz Ombak Rindu

Karpet kat Arena of Star,Genting tak habis gulung lagi. Kerusi tempat artis duduk pun tak siap susun lagi. Kain rentang segala bagai tak berkemas lagi. Mudah kata, bahang ABPBH masih membahang. Bukan nak kata hebat sangat ABPBH kali ni. Biasa je pun. Tapi dek kerana onar-onar artis yang suka buat kerja lebih ni, bahang terus membahang. Berapa banyak bahang daa. 


Aku tak tengok pun. Dengar di Hotfm sudah. Yo lah yo lah,hamba takde tv kan. Bukan nak review pasal event ni, sebab dah ramai blogger otai review. Siap tempek gambar dorang dengan artis lagi kau. Hah. Memang sengaja lah kan.

Kenal Fendi? Ke aku sorang je layan Sembilu Kasih dulu. Oh malunya #^^.

Kenal Hariz? Jangan nak muka kerut. Muka kau yang paling kuat nangis menengok Ombak Rindu hari tu.

Kecoh kat Twitter si Fendi ni tak puas hati pasal si Hariz menang. Dia kata Hariz ni kan orang luar. Entahlah. Aku malas nak komen lebih-2. Aku tak tahu sangat. Tapi aku baca lah jugak blog si Fendi ni. Hurmm. Banyak typo! =.="Kehkeh~

Nak baca? Ni Blog FendiSembiluKasih . Twitter dia pun nak jugak? Nah. Twitter Fendi SembiluKasih

Shaheizy Sam pesaing terdekat pun rilex je. Kenapa pulak dia ni kecoh satu dunia? Sungguh ku tak mengerti, uh uh. *gelek-gelek*

Dulu aku gila-gilakan kot si Fendi ni. D.U.L.U okey. Hari tu pun aku gila-gilakan jugak si Hariz ni. H.A.R.I.T.U. Sekarang? Zizan sentiasa di lubuk jiwa.

Kasihan jugak dengan Fendi ni. Mungkin dia nak mengamalkan sikap berterus terang. Tapi macam tak kena dengan masa pulak. Lagipun dia orang kuat Seniman kan? Tujuan dia mungkin nak menunjukkan kat artis-2 lain yang Seniman ni memang memperjuangkan hak mereka artis-2 Malaysia. Mungkinlah. Ini teori aku sendiri,mohon jangan tangkap aku. 


Rezeki masing-masing. Pandai-pandailah cari. Iye ke idok? *BuatSuaraZizan*

#p/s: Lagipun ni bukan zaman SembiluKasih atau BukitKepong lagi. Life must go on. Kenangan tu kita simpan dalam hati je ye bang. *Aummm!*

No comments:

Post a Comment

bagi cokelat mocha satu,please. hik3x!