eskrem kacang

Sunday, October 23, 2011

:Konsert Bunkface:Aku dan Kawan-Kawan:

Bunkface! aku ni bukan lah peminat tegar band ni. tapi lagu-lagu dia yang pemes tu aku tahu lah sikit-sikit. macam Situasi,Extravaganza tu ada lah aku hafal. lagu baru diaorang Panik. bukan nak promot,dah memang sah aku tak akan dapat sesen pun dari diorang ni kan. 

dari jam 8malam. sampai naik kematu bontot duduk kat dataran tu sampai lah pukul 10.30malam, barulah Bunkface datang. biasalah retiss kan. suka sangat bagi orang tertunggu-tunggu. nak menunggu si Bunkface ni adalah dalam nampulohlapan tarian, tujuhratuslimabelas battle of the band dan tigaplohsatu sketsa disajikan pihak universiti kepada penonton. biasalah,mula-mula tu semua naik hantu. lama-lama semua monyok,iya lah kan dah motif utama adalah nak tengok Bunkface. nasib lah.

masa band Bunkface buat show, aku dah rasa macam kat konsert blackmetal gitu. dengan peminat fanatik terkinja-kinja,melaung-laung nama Sam tu. wuwuwu. aku biasa je. dah nak ikut nyanyi tak reti!

nak dijadikan cerita, tengok-tengok jam dah pukul 11.45. aiyyak! bus last biasa pukul 11 je. dengan kebolehan menyelinap di celah-celah ketiak manusia tu semua, kami keluar. bermain dengan instinct masing-masing,kami berharap masih ada bas yang nak ambik kami balik ke kolej. tapi sempat lagi kot melantak sesambil berdoa pakcik bas rajin pulas stereng ke situ.

tiba-tiba!


bas!bas!bas!kat sana! minah ni menjerit-jerit. adalah dalam 500meter bas tu. pakcik tak ikut route biasa, pesta konvo punya pasal. aku apa lagi. dah lama tak jogging malam-malam buta terus buka langkak seribu. dah macam budak-budak penghidu gam kena serbu. dengan plastik makanan kat tangan, kami berlari kejar bas. aku kan jaguh! mestilah aku mendahului kawan-kawan. sempat lagi berlari mengundur sambil tanya kawan,
weh! kita nak kejar bas mana?
sebab aku nampak ada 4 buah bas kat depan. boleh bayangkan tak aku berlari berundur. dengan skinny jeans,selipar made in jepun, dan plastik makanan kat tangan! dasyat woh. nak-nak pulak masa tu jalan jem sebab konsert dah abis. malang je kalau ada jejaka-jejaka ohsem nampak aku time tu. part terbest ialah menyelinap bawah pohon-pohon bunga! argh. aku tak kisah dah masa tu. paling penting aku dapat bas.

kalau Bunkface tahu! mesti diaorang buat lagu khas dedikasi untuk kami. wuwuwu! tapi Sam comel malam ni. dengan rambut cap landak, dia nampak cute. kawan aku cakap. gigi dia comel. erk! itu yang kau nampak minah?

p/s: ada yang tanya, part 2-tips putus cinta bila nak publish. hehe. tggu okey. dah baca part 1? kat SINI ok. 

5 comments:

  1. Salam. Tumpang promo ye. Jemput datang ke Luna Shoppe. Ada pelbagai jenis bag&tudung. Diskaun dan mystery gifts dari Australia menanti anda!

    Blog: http://lunashoppe.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. pena jugak pegi konsert Bunkface..tme 2 lagu bru dye Ekstravaganza..hehe

    ReplyDelete
  3. @luna shoppe: i will :)

    @ct mawa: kalau kt luar x prgi kot, ini dlm cmpus..tu yang prgi. haha~ btw x smpat krim slm kat Sam lah~ =)

    ReplyDelete
  4. unimas ke?

    kite x pegi pong.

    bosan. muahahah

    ReplyDelete
  5. @nur 'aqilah: omg! trbongkar identity. wuhu! saje g cuci mata je awk. haha

    ReplyDelete

bagi cokelat mocha satu,please. hik3x!