eskrem kacang

Tuesday, November 1, 2011

It's November

Sesape punya birthday hari ni, aku ucapkan happy birthday lah ye. Lawa kan tarikh ni. Ada membawa maksud apa-apa untuk diri aku? Ada. Cukup dah tempoh edah Haha. 3 bulan sudah berlalu, dan aku masih mampu bergelak sehingga hari ini. Syabas untuk aku. *Sambil tepuk bahu sendiri. Kehkeh. Jom tinggalkan segmen jiwang ini. Kembali kepada segmen hati kering!


Semenjak dua menjak ni, ramai betul orang sekeliling aku berada bawah tekanan. Argh! Skema. Stress lah. Aku pun stress jugak tapi aku jarang nak tunjuk pada orang. Paling-paling pun aku cuma akan menjerit.. "ahh! aku stress!!" Itu je, kemudian aku main game atau gelak kuat-kuat, tak pun tidur sepanjang hari dengan harapan tahap kestressan aku menurun. Perghh! Buat apa nak tunjuk kan kau stress. Orang lain pun stress, pandai-pandai lah kau handle. Kehkeh.


Jadi apa kaitan nya dengan tajuk entry Its November? Tak ada lansung! Stress tak? Tolong jangan. Kehkeh.

Ada yang tanya, bila nak sambung tips putus cinta. Hurm, nanti ye, sehari dua ni aku sibuk dengan exam. Lagipun kena simpan sikit gig dalam otak untuk nota kuliah. Kehkeh. Marilah sama-sam kita berharap November ni bukan bulan yang stress melampau.

p/s: kalau-kalau ada yang bertambah stress sebab baca belog meraban aku ni, sila bagitahu ye. =) bai!

No comments:

Post a Comment

bagi cokelat mocha satu,please. hik3x!