eskrem kacang

Monday, December 19, 2011

Aku, Ariz & Senyuman Mu

Hello peeps! *bajet ramai readers ah.

Jarang update blog bukan bermakna aku nak buat blog aku jadi blog pekasam macam kiah pekasam ke hape. Tak tak tak. Kecelaruan minda dengan asemen bergunung Alps buat aku terlupa,aku ada blog untuk dibelai. Ececeh! Kau nak aku cerita pasal apa?

Cinta? Cukuplah aku kena DM kena Inbox bak retiss popular gila glemer sebab cerita pasal cintan mintan. Politik? Malas. Karang aku kena tahan dengan ISA sebab salah cerita. Aku belum kawin ni. Retiss? Bacalah blog pemes. Nanti kau boleh pilih cerita retiss mana kau nak hadam *esoknya boleh sembur air liur cerita kat member kan. Kekasih hati? Babap kang. Ada orang aim aku sekarang. Tutup dulu pasal kekasih hati, ada orang intip aku. Bukan bajet retiss tapi dah orang nak tahu sangat pasal aku. Pelik? Jangan garu kepala,sila garu peha. Sebab aku pun tak faham. Ahaks!

Meh aku nak cerita sikit pasal kisah romantik aku 3 hari lepas.

Aku kenal budak laki ni baru je, nama dia Ariz. Aku kenal gitu-gitu je. Aku tak layan sangat. Kan aku budak skema-nerd-melampau. Lagipun aku malu nak rapat-rapat dengan dia. Dia dah dah la comel,baik pulak. Selalu contact dengan dia pun melalui Fb je,selalu-selalu tu YM *old-skul kan?. Call jarang-jarang kot sebab aku ni kedekut kredit, dia pun takde henpon.. Pakai public je selalu. Nak dijadikan cerita,dia ajak aku keluar tengok wayang kot. Aku mula-mula tak nak kot. Tapi keluar jugak, aku pakai baju cantik-cantik. Pakai baju pink kot. Gelikan? Haha aku tahu. Keluar rumah memang aku terkejut gila. Kemain besar kereta parking depan rumah,limosin kot. Eh tapi aku nampak Ariz kat hujung sana. Ah dia datang naik kancil jek rupanya. Limosin tu? Entah,member nenek aku punya kot. Punya sopan aku berjalan, sebab aku dah nampak Ariz lambai-lambai. Comel dia, pakai tuxedo hitam. Macam Joe Jonas kot. Tapi malang tak berbau, kedebukk! Aku tertiarap depan Ariz. Atas jalan kau. Sakit? Tak. Sebab aku cuma mimpi. Betul. Bukan mimpi basah,tapi mimpi melampau sebab tak basuh kaki. Kesian? Kau lagi kesian,kemain tekun baca kisah aku. Kan? Jangan lah marah. Siyes,bangun tu rasa nak babap je belakang rumet aku. Dia lah goyang katil sampai aku terjaga. Siot je kan?

Camne? Romantikos tak? Ada macam cerita chek de rela tak? Tak de? Merajuk 2 saat. – Dah! Paling kurang, korang senyum kan? Aku tahu dan pasti..ada antara readers yang takde mood kan? Aku kembalikan mood korang. Please senyum.

p/s: Sebab tu banyak kot. Mimpi kan selalu pudar. Mana ada kaler! Kihkih. Tolong komen kalau korang suka entry aku. Please,buat aku senyum pulak. =)

No comments:

Post a Comment

bagi cokelat mocha satu,please. hik3x!