eskrem kacang

Friday, March 16, 2012

Entry Khas Untukmu Pemilik-2 'Burung"

Ehem Ehem pembuka bicara,
Bukan batuk bukan loya,
Cuma saja-saja.
*Ini pantun 3 suku* 
#^^

Aku sengaja tunggu blog bersawang. Ya. Sengaja. Nak bagi readers rindu. Kan readers aku ribu-ribuan. Kehkehkeh. Siang malam fikir. Pagi subuh cari ilham. Siap bangun di dua pertiga malam untuk....ke tandas. Gigih tak aku?

Aku bukan malas. Aku bukan malas. Iya. Tolong percaya. Aku rajin. Masalah rumah tangganya ialah, setiap kali aku dapat ilham nak buat entry baru, mesti time tu aku tengah bergelut dengan bau-bau masham dalam bas. Tak pun masa tengah mengelamun dalam kelas. Tup-tup balik bilik,buka lappy...idea lesap. Sadis tahu tak?

Apa kisah dengan pemilik 'burung'? Ah. Jangan fikir yang bukan-bukan tahu. Jangan. Ni blog suci. 

Bangun pagi memula raba, 'burung'. Oit-oit. Jangan aku kata, jangan kuning sangat. Nak bersin tekan 'burung'. Nak naik bus, tekan 'burung'. Nak caci-maki-hina, picit 'burung'. Nak jiwang pun belai 'burung'. Nak tido malam, lepas wish Encik Boyfie, wish kat 'burung' pulak. Tak lengkap hidup tak ber'burung' dalam sehari.

Burung biru. Tweet tweet. TAHU?

Angguk. Bagus. Yang tak ada Twitter tolong lah sign up. Bila dah kenal Twitter,pesbuk dah jadi kudap-kudapan saje tahu. Aku pun kadang-2 lupa yang aku ada pesbuk. Uhuk. Maap Mak Jukebek..

Tambah-2 untuk kau yang suka hapdet status 15x seminit. Haha. Twitter jalan penyelesaian untuk kau tidak lagi di block ekoran kekerapan status kau menjelma di homepage prengg. #terasake. Nak hapdet hape-2 pun orang tak kisah. Cuma satu, dunia Twitter tak boleh typo. Sekali kau typo, sampai hujung tahun lompat depan pun orang akan bahan kau. Siyes. 

Aku bercerita macam aku dapat komisen. TAK.

Yang dah ada akaun, jangan segan-2 follow. @nadia_raffy takpun tekan 'burung'..kat sebelah --->>
*desperatepromotedirisendiri*

#Paling best, kita boleh suka-suki buat #hashtag sendiri. Tak tahu? Sign up dulu. Bai!

1 comment:

  1. haha..same goes..fb di-anak-tiri-kan..kesian..kah3

    ReplyDelete

bagi cokelat mocha satu,please. hik3x!