eskrem kacang

Monday, March 5, 2012

Tomyam Anak Gadis Perantauan

Hello readers!

Jauh dari keluarga. Jauh dari rumah. Jauh dari kampung halaman. Keadaan2 ini memaksa orang2 yang tak berapa mengenal periuk, senduk, serta kawan2 mereka akan berjinak2 dengan dunia ‘dapur bujang’. Memandangkan di rumah ada ibu yang sangat terer memasak, maka amat jarang aku menyentuh periuk dan kawan2nya. Lalu aku menjadi antara gadis tolakan para mertua dalam acara 'menantu pilihan'. Tak kisah! Sebab ayah selalu cakap, "Alah,nanti dia kawin dia tahu lah tu masak". Wuhuu. Ayah sangat lah urban. Lub u dad <3.

Alkisahnya, tekak nak merasa tomyam buatan sendiri. *tipu*. Buatan rumet sebenarnya. Maka sabtu lepas sempena hari memasak orang bujang sekampus, aku memasak. *tipu*. Aku tolong-tolong saja. Tolong potong bahan. Tolong potong sayur. Tolong potong bawang. Tak tipu!. Bahan-bahan memang special. Ayam, daging, ketam, sotong, dan kawan-kawan seafood. Oh ini memang sangat tipu.

Ayam *chicken rolls*

Ketam *crab meats*

Daging *meatballs*

Sesuai dengan kehendak bajet serta waktu, maka ini saja bahannya. Knp aku rasa ayat hari ni macam skema?#^^ Sayur pun cincai2 saja sebab musababnya hanya dua orang makhluk yang makan sayur. Jadi kalau letak sayur bebanyak, makhluk mana yang nak habiskan? Aku lettew antara makhluk  hard-core herbivore.

3/4 brokoli tu, selamat dalam perut aku. Tak tipu!

Tung tang tung tang memasak. Satu bilik bau paste tomyam segera. Maka dengan perut lapar Allah saja yang memahami. Jeng jeng jeng.

Siap!!Tomyam anak gadis perantauan. Kehkeh!


Sedapkan? Memang laa. *tonyoh hidung*. Minggu depan nak masak rendang tok pulak. Haha. Beranganlah aku. 

#Ada entry pasal masak memasak? Meh la kongsi. Letak link di komen. Bai! =D








No comments:

Post a Comment

bagi cokelat mocha satu,please. hik3x!