eskrem kacang

Wednesday, June 20, 2012

Wordless Wednesday

Eh kau nadia, dah pandai nak wordless bagai dah sekarang ni. Wuhuhu. 


Memang wordless. Tak tahu nak cerita hape. Tak tahu nak mengarut hape. Teruja nak berhambus pulang ke rumah di desa yang permai lagi indah dan harmoni saja ni. Walawey~

Sebelum berhambus pulang pada hujung setiap sem, haruslah ada buah tangan mahupun ole-ole buat mereka di rumah. Walaupun poket tak kencang lagi kempis tinggal debu *fuhh fuhh*, tapi tak seronok pulak balik dengan beg penuh baju kotor saja. EH. Berbekalkan wang saku yang disimpan cermat dari awal sem lewls dahku dan kengkawans berjolly-molly ke Kedai Kek Lapis Dayang Salhah search kat internet cepat petang tadik. 

Tahu ke tidak bahawa untuk ke situ perlu menaiki bot eh sampan eh perahu EH apa-apalah. Dan dahku ialah seorang yang suka menengok cerita piranha mahupun jaws mahupun buayas ini sememangnya takut dengan keluarga bot. Teroleng-oleng di tengah sungai, bukan peberet dahku. Attention future asben, kita naik cruise saja lah ya. sape future asben? sape-2 lah. sebok! 

Naik turun ke bot menggigil, nak naik ke bot menjerit, bot bergerak-gerak ke kiri kanan menjerit, nak turun bot pun menjerit. Kiralah berapa kali aku menjerit. Dengan suara yang nyaring ya. Pakcik bot siap gelakkan gua lagi. Waa, gua rasa nak pegang bahu pakcik tuh, "pakcik pernah tengok cerita piranha ke tidak ni pakcik?". lewls lewls. 

Ah. Malas dah nak cerita. Tahu ke tidak bahawa bagasi aku tengah meraung mintak dikemaskan. Oh man. Malas sungguh. 

Takde gambar dalam entry ni. Kau ingat sempat ke aku nak bergambar dalam bot yang goyang-goyang dan aku asyik menjerit separuh nak meninggal tuh? *marah-2 manja* 

Aku kat rumah nanti mungkin tak menghapdet dah. Kalau broadband kembali bernafas mungkin boleh. Tapi takpe, jangan rindu-2 aku. Kalau rindu jugak jom jumpa kat twitter. Yay! twitter via text der,takyah tenet,ada fulus cukup. Bai.

The Teruja  Gerl.

No comments:

Post a Comment

bagi cokelat mocha satu,please. hik3x!