eskrem kacang

Wednesday, November 2, 2011

Hari ini punya cerita.

Ini kisah hari ini. Iya, baru saja berlaku. Beberapa jam lepas aku masuk dewan peperiksaan,dengan hati yang cekal. Aku tawakal saja. Dah malam tadi baca buku macam orang mati laki, lepas subuh ada hati nak sambung tapi nota jadi selimut. Ya ya ya, aku malas. Aku tahu, tapi jangan lah cakap kuat-kuat. kehkeh.

*****di dalam dewan******


Buka saja kertas soalan. Aku mencium meja. Iya, secara spontan! Aku cium meja. Bila tengok kiri kanan, kawan-kawan lain pun lebih kurang. Okey. Aku tenang. Sekali lagi aku belek-belek kertas. Eh! Soklan tahun lepas. Bagus lah..Aku tak expect pun soklan sama akan keluar. Ahh nyesal tak study betul-betul soklan yang senior bagi. Tapi nasi dah hampir hangit. Lalu seperti biasa aku menjawab dengan tenang walaupun hujung pen aku pun malu nak keluarkan dakwat. Kenapa? Dah satu pun point tak ada dalam otak.. Rileks.

Habis meraban di soklan satu. Aku meraban di soklan dua. Argh! Berdasarkan pemikiran sendiri kot. Sekali lagi kemahiran meraban dipraktikkan. Agak lancar di situ. Iya lah kan dah meraban. Sambil-sambil mata jeling-jeling depan. Aiseyyh..Woi woi, meroyan ke hape aku nih. Ouchh kembali normal. Aku masih mencuba menulis dengan tulisan yang cantik. Ini untuk mengaburi mata pensyarah agar tidak terserlah sangat aku sedang hilang fokus. Masih rileks.

Masa ada 45 minit lagi kak nab oit. Soklan tiga baru . Eh! Eh! Apesal ramai pulak yang mintak kertas tambahan ni. Aku siap ada extra sehelai lagi. Aku dah mula gabra. Aiseyyh apa lah yang diaorang ni semua tulis, lirik lagu ke hape? Tension. Aku dah tak rileks sangat. Tapi aku tetap dengan kertas tiga helai tu jugak. Tak ada tambahan pun. kehkeh*ketawa tak rileks. Akhirnya aku pasrah. Nanti saya cover lain kali punya test lah ya, dan sila bagi markah kesian ya Dr.John. kehkeh.

Tapi aku tetap bangga dengan diri aku. Walaupun aku tak boleh jawab sangat tapi aku cool. Hahaha. Boleh kau bangga macam aku? Takdo eh. Esok aku harap aku tak meraban lagi. Jadi jom tidur. Eh tak jom mandi kemudian study....lah sangat.

p/s: Aku raya kat sini lagi tahun ni. Sila jangan bangkitkan isu raya di wall aku plis. Haha.

1 comment:

bagi cokelat mocha satu,please. hik3x!