eskrem kacang

Saturday, February 25, 2012

Gaya Diva Berpoket Kempis.

Lenguh kaki meronggeng seharian pun belum habis lagi ni. Sambil-sambil picit kaki, aku picit jugak keyboard nih. Dalam panas hati sebab Twitter agak uneducated sikit sekarang ni, aku nak hiburkan hati dengan belog huduh aku nih. Sape Twitterians dia tahu lah kenapa aku kata Twitter agak uneducated sikit sejak dua menjak ni.

Pagi-pagi keluar Indian Streets. Macam biasa,jelajah kedai. Itu aktiviti biasa di awal semester. Biasa sangat. Dalam kereta cakap, "Weyh, aku tak nak beli apa2 kat situ. Takde dalam list aku. Aku jenjalan je eh". TIPU. Aku tipu. Memang aku cakap tak serupa bikin kalau dalam hal menghabiskan duit ni. Jangan gelak. Aku tahu,korang pun sama. Eleh. Nak gelakkan orang konon. *tenyeh hidung gaya gengster*

Berkonvoi ala-ala pompuan banyak duit tak habis nak makan 6 sem berturut-turut, pergi Popular kat Tun Jugah Mall. Aksi macam baucer buku ada nambelas keping dalam purse. Aksi sahaja. Padahal sekeping je. Diulang, s.e.k.e.p.i.n.g! Menuju Popular. Ah. Kemain panjang line. Sentap! Pusing 3 round, last-last bayar cash! Tak jadi pakai baucer sebab iman tak kuat untuk tunggu line sepanjang landasan komuter dari Putra ke Kl Sentral tu. Siyes, aku rela bayar cash *sebab poket tebal lagi*

Umpama dapat tajaan JPA+MARA+PTPTN+BR1M+ELAUN, meronggeng ke The Spring Mall pulokks. Sikit lagi iman nak runtuh bila nampak tanda Cineplex kat 3rd floor. Terjenguk2 kat MPH. Cari mangsa baucer buku. Lapankali pusing,jumpalah mangsa.

Ini mangsanya! hik hok hik hok.

Sugar Buns antara lokasi pilihan untuk melantak nasi di fast food restaurant. Ya. Sebab di situ banyak pilihan nasi yang didatangkan bersama ayam-ayam goreng yang enak. 4 star, sebab aku suka Sugar Buns. Tak pasti di semenanjung ada ke idok benda alah ni. Rasanya di Borneo saja. Jadi aku agak berlagak di sini. Kau nan-hado Sugar Buns! hik hok hik hok. Blurpp. Kenyang. 

Muke letih. Poket kempis.

Stall cool blog adalah kewajipan tak kira mall mana aku jelajah. Kalau cafe kolej jual cool blog? Nah. Aku mesti ada kad ahli. Hahaha. Coffee latte mungkin bukan kawan perut aku. Ya. Betul. Mereka tak sebulu. Eh bukan, tak seusus. Buku dah beli, buku lali dah longgar, tinggal buku lima je tersimpan, balik lah ke jalan yang benar. Yakni kolej. Muahaha. 

Boot kereta penuh. Sampai kolej, angkut barang. Bagus, budak2 depan koperasi pandang separuh juling. Ya. Aku tahu. Banyakkan beg palstik? Walaupun hari ni hari sabtu. Ah. Terseliuh urat lengan aku. 

Bukan tak sayang bumi. Sayang. Tapi...

2/4 adalah barang aku. Ya. Sila percaya. Padahal malam tadi sebelum tidur aku dah berazam. 'Aku nak beli yang ada dalam list je. Betul ni'. Aku tipu. Ada 5 barang je dalam list! Amagadd. Puasa sebelum tibanya Ramadhan lah gamaknya ni.

#Hey. Jom tweet. @Nadia_Raffy 

No comments:

Post a Comment

bagi cokelat mocha satu,please. hik3x!