eskrem kacang

Sunday, March 25, 2012

Jangan Tanya Kenapa

Pernah berdukacita? Pernah sedih? Pernah rasa dipinggirkan? Pernah terasa hati? Pernah gembira? Pernah rasa puas? Pernah rasa tertekan? Pastinya setiap orang pernah merasakan apa jua perasaan. Betapa kuatnya kita kan? Istimewanya kita makhluk ciptaan Allah s.w.t. Merasa setiap satu rasa dan tetap dapat hidup. Bersyukurlah. Kita adalah ciptaan terhebat Dia. Alhamdulillah!

Hal jiwa dan perasaan. Hal hati dan cinta. Hal kasih dan sayang. Menakhodai setiap aspek perasaan dalam jiwa kita adalah berbeza bagi setiap orang. Perangai manusia sentiasa berubah. Sifat manusia sering menjadi tanda tanya. Kenapa? Kerana kita adalah istimewa. Setiap apa yang kita rasakan, adalah apa yang kita rasa. Faham? Tiada siapa tahu,tiada siapa dapat mengukur betapa sedihnya kita,tiada siapa dapat teka betapa seronoknya kita. Hanya Allah yang tahu.

Orang selalu kata, "Tak boleh pentingkan diri. Kena fikirkan orang lain juga". Pernah dengar?
Orang juga pernah kata, "Jangan asyik fikirkan orang. Diri sendiri pun kena jaga". Pernah dengar jugak kan?

Itu orang yang kata. Segalanya bergantung kepada diri kita sendiri. Mana baik man buruk.

Entry yang agak boring kan? haha. Kadang-kadang aku terasa nak buat entry ilmiah. Tapi selalu tak menjadi. Sebabnya otak aku gila. Asyik nak humor. Asyik nak joke. XD

Pernah orang tanya aku, "Kau ni yaya, asyik gelak memanjang. Kau tak ada rasa nak marah ke?".
-Kenapa aku ketawa? Supaya orang tak tahu apa yang aku rasa. Sedih atau senang. Hati aku yang menanggung. 
-Muka kelat boleh buat orang sekeliling stress tahu? Nak-2 kalau muka kau tak seohsem pelakon korea. Haha. Ye la. Diaorang muncung pun, lawa. Kau? *kiddim*

Ada orang pelik bila aku emo, " Kau apehal nak emo?"
-See. Orang tak akan faham kita. Tak akan pernah faham . Nak-2 aku yang kaki gelak. Bila tiba-tiba emosi, orang akan rasa annoying gila.
-Ah gila. Aku pun manusia. Bukan robot. Burung pun tahu marah tahu? *angrybirds*

Bila nampak aku gelak. Jangan tanya kenapa. Bila nampak aku emosi. Jangan tanya kenapa. Tolong. Sebab tak ada jawapan untuk itu. Big NO.


#p/s: Kadang-2 agak letih melayan manusia banyak ragam But thats life. Bai.

1 comment:

bagi cokelat mocha satu,please. hik3x!