Assalamualaikum
w.b.t
Amboi, kemain kenn tajuk pompuan ni. Bulan puasa
cenggini boleh pulak aku buat tajuk panas hot meletop ni. Ngeh ngeh. Mintak
tolong adik-adik PMR jangan baca, adik-adik SPM boleh. EH. Sengaja bagi hot
blog aku yang dah berapa bulan bersawang ni (sila rujuk tarikh post terakhir).
Ayuh!
Ayah balik masjid tadi, dia ajak pergi
pasar. Yes, aku kenn anak yang baik lagi menurut perintah, terus bersiap. Pakai
motor saja tahu. Kau hengat time cenggini seronok ke naik kereta? Jammed tak
beroti lah jawabnya. Motor kenn senang, boleh mencelah. Hiok. Korang naik motor
dengan ayah, peluk tak ayah korang? Jangan tipu. Eh, tak pernah bonceng ayah?
Eh, ayah tak naik motor? Eh eh. *pang!* Aku peluk ayah aku. Ngeh ngeh, sweet
kan?
Aku terserempak dengan X(bukan nama sebenar
mana ada orang
nama X ken?)
. Kemain seronok kau, peluk boypreng dia. Yo lah yo lah, boypreng pulak bawak
motor ohsem kenn. Bukan aku jeles ke hape, oh hello..ini kenn bulan puasa,
cover lah sikit. Alahai. Bukan nak
cerita pasal dia sangat pun, bazirkan bil internet aku jek.
Beberapa
hari lepas, aku terserempak jugak dengan si X nih. Berjodoh sungguh dengan
beliau ni. Bonceng abah dia. Yes, abah ya adik akak sekalian, bukan abang. Kemain
duduk sebatu dari abah dia, pegang sikit-sikit jek, itu pun pegang baju. Silap haribulan
beliau mungkin terpelanting. Ish jahat benau mulot ekau nadia. Nampak tak?
Nampak tak?
Malu
ke nak peluk abah sendiri? Ah tak kisah lah abah ke ayah ke papa ke daddy ke
abi ke, sama jek. Yo lah, boypreng pakai baju Polo, baju Versace, baju
beren-beren. Mungkin abah dia tak pakai baju beren-beren. Paham ke korang
beren-beren tu apa? Aku kenn orang kampung, eja pun kampung lah. Ngeh ngeh. Ke
sebab abah dah tua? Tak muda macam boypreng? Atau mungkin sebab abah tak enseng
macam boypreng? Atau jugak sebab abah punya motor kapcai model lelama lagi?
Mungkin. Tapi kan dia abah kita, yang bagi kita makan sampai besar. Sampai
mampu nak peluk boypreng. Apa salahnya sekali sekala kita pulak peluk abah.
(emo kenn aku)
Tak
semestinya abah kena pakai baju Renoma sama seluar G.A Blue baru kita tak malu
nak berjalan dia.
ayah & ibu
Salam Ramadhan.
anakmu yang berada di bilik.
ngeh ngeh.